Wednesday, October 17, 2012

Photobook @ Malaysia

Ok, ni pasal kegilaan zaman sekarang ni. dulu kala masa belum ada kamera digital, kita guna filem. paling popular 35mm, ISO 100, 200, atau 400 (kalu suka amik gambar time2 petang, elok amik ISO 400..) so lepas kita amik gambar, kita pi kedai gamabr dan cuci..masuk album..

tapi dulu, lani, sapa yg pakai kamera filem, agak leceh la..so, bila pakai digital kamera, ramai yang menjadikan photography sebagai hobi. dan banyak gambar2 yang kita amik tu, terperap dalam PC. Kalau bernasib baik, harddisk xkong, ok la..mana la tau, kot2 ada problem..ha..naya ja...

TREND

Dulu, orang xbanyak kenal dengan photobook..tapi la ni dah jadi popular. nak2 untuk bakal pengantin. Banyak photographer/jurugambar yang offer produk ni kepada pelanggan2..macam aku sendiri pun, penah guna beberapa khidmat pembekal photobook ni.

KEUNIKAN

Yang uniknya photobook (PB) ni, sebab ada macam2 saiz, mengikut kehendak pelanggan. kebanyakkan ditawarkan dalam inci cohtohnya 8" x 8", 8"x10", 8"x11"..paling kecik aku penah jumpa 6"x6".
Landskap atau portrait ?? - ini merujuk kepada saiz jugak...klu no depan lebih besar dari belakang, tu landscape, klu sebaliknya, tu portrait..

Portrait. sumber: www.lovephotobook.com
Landscape size . Sumber : http://photo.jessops.com


Bezanya dengan album biasa yang rata2 nya untuk gambar bersaiz 4R atau 5R, gambar2 yg kita ada boleh digabungkan, mengikut kreativiti dan kehendak kita & boleh masukkan tulisan lagi.

SOFTWARE

Kebanyakkan pembekal photobook, mempunyai software & template design  tersendiri bagi kemudahan pelanggan. Asasnya sama, perlu ada PC, gambar digital, dalam fail JPG, JPEG, PNG., & kreativiti pengguna bergantung kepada kesesuaian software.

Dalam setiap software yang dibekalkan, sama ada kita download sendiri melalui website pembekal atau diberi oleh oleh pembekal, akan dinyatakan saiz, harga, bentuk (landscape/portrait) dan template yang bersesuai. Tapi kita boleh customize mengikut kehendak sendiri.


HARGA

Harga antara RM80-RM400 atau lebih
Setiap PB berbeza mengikut :

  • saiz, bilangan muka surat (min 20 - 150 atau lebih), 
  • material yang digunakan (glossy/matte/linen/dll), 
  • cover material (ada pelbagai pilihan dari Buckram/Metallic Shimmer/ Tinsel/ Silk/ bla...bla..). 
  • Jenis PB (imagewrap/window/hardcover/softcover/)
  • aksesori tambahan - slip case..

Antara jenis2 PB yang ada di pasaran
Kalau bernasib baik, kadang2 ada promotion dalam Groupon, Milkadeal,Hulala Malaysia, boleh dapat diskaun sampai 70%...berbaloi la...aku penah dapat RM50 / PB ja...:)

Ni antara beberapa senarai company yang buat PB..

  • Pixajoy - based at Penang, antara yang termurah dan banyak bagi diskaun/promotion. Pernah beberapa kali buat - cepat
  • Photobook Malaysia - belum pernah try..
  • iphotobook - peanh dapat RM50 per PB..puas hati & cepat
  • Canonfoto - jenama yang orang percaya..:)


Rasanya takat tu je dulu, klu ada tambahan, akan dimasukkan dalam entry akan datang.. :)

Peace Not War!!!~~

No comments: