Friday, September 17, 2010

My 1st Wedding Photog

Date: 2nd raya
Location ; Padang Rengas.
Time : 11.30 am - 5.00 pm




Edit material : Microsoft Paint..:)
Komen : Credit utk wife & E & pengantin..
Peace Not War!!!~~

Tuesday, September 14, 2010

Mangsa Buli Hari Raya

Mangsa buli...
Erfan dibuli bapanya sendiri...hahaha~~ kesian kepala kena sepit..:)

Peace Not War!!!~~

Raya Photoshoot

3rd Syawal

Sesi berlansung di rumah Tok Long. Rumah ni antara rumah yang xpernah diubah suai. masih kekal dengan ciri rumah melayu Kedah yang lama. masih guna kayu api, dan gelok (tempat basuh kaki). aku penah duk sini kejap masa arwah ummi sakit. diorang yang jaga. Kat atas rumah masih ada lagi tali buai aku masa kecik2..(almost 26 years ago..). Terima kasih utk adik aku, sebab keluarkan idea gila2..

Aku , isteri dan anak. Berlatar belakangkan timbunan kayu api yang massih digunakan untuk memasak. Klasik abis.

Gambar kenang-kenangan dengan Tok Long perempuan. Yang dalam gambar ni, family aku, termasuk sepupu2 yang lain dan anak2 buah..kalau Kedah disebut 'anak menakan'.
Angah n family

 E, Siti Sarah & Yanti
Rumah Tok Long..

Thursday, September 02, 2010

Ferrari recalls 1,250 sports cars after some catch fire

ROME (AFP) – Italian automaker Ferrari announced Wednesday it had recalled all versions of its model 458 Italia sports car produced before July 2010 after four of them caught fire. "Our dealers are going to call clients and tell them to bring back their cars so that the necessary modifications can be carried out," a spokesman told AFP. The recall involves 1,248 vehicles worldwide, the official said. Read more...

Seb baik xbeli Ferrari..huhuhu~~ Agak2 kalu Proton, dia buat camni gak ker? :P
Peace Not War!!!~~

Wednesday, September 01, 2010

Misteri Syiling 50 sen 1974, 1975 & 1976

Saja2 gatai jenguk2 kat mudah, aku jumpa ada orang nak juai syiling 50sen tahun 1976 dengan rega RM100k!! mak aih..bukannya lama sangat, baru xsmpai 40 tahun. Aku tanya pakcik google, aku jumpa satu blog nih. Kalau ikutkan, katnya, tahun 1974-1976 syiling 50sen xdikeluarkan. tapi camna ada orang juai. Nak tau, tnya orang yg kerja kat Bank Negara..:)


Peace Not War!!!~~

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 53 tahun

Genap 53 tahun Malaysia Merdeka..
Adakah kita telah merdeka fizikal dan mental?? Pikir2 sendiri...
Tapi ada juga orang2 yg xmenhargai kemakmuran yg kita kecapi selama ni..suka bapak dia ja kutuk2 negara sendiri. Kalu aku jadi PM, sah2 da kena ludah+lucut kewarganegaraan..biar jadi teladan pada semua..
Telinga aku kembali sakit..

Peace Not War!!!~~

Wednesday, August 25, 2010

CEO dan Aku - persamaannya..

Persamaan antara CEO Company dengan aku...

CEO biasanya dilantik on contract basis...so sama cam aku, contract basis gak..huhuhu~~~
Benefit dapat sama (tapi jumlahnya berbeza)..:)
tq boss bagi idea ni..so aku makin semangat bekerja...:)

Peace Not War!!!~~

Amalan Mulia di Bazaar Ramadhan

Tiap2 hari, kalau pegi bazaar Ramadhan, mesti ramai orang. Cuba praktikkan benda ni masa kat Bazaar Ramadahan sambil2 beli makan nak buka puasa. Sambil2 tu boleh dikira beribadat.
  • Beli makanan yang banyak2 tu, kasi kat orang yang lalu lalang - bagi makan orang yang berpuasa besar ganjarannya;
  • Setiap kali orang lalu depan anda, bagi seposen. Kalau jumpa orang mintak sedekah, bagi 0.50. buat anggaran sehari dalam RM10.00 kita nak bagi kat orang;
  • Berapa ramai manusia yng kita jumpa kat bazaar tu, setiap satunya sebut Allah @ Allahuakbar..rasanya ada la kot dlam 350orang kot. so da kita sebut 350 nama Allah..:)

 
Nanti kalu tiba2 ada idea lagi, aku sambung...selamat beramal.

 
Peace Not War!!!~~

Soalan 1

Hidup ni banyak soalan orang tanya (soal).
Soalan da pun wujud sebelum kita bangun tido.."da bangun tidor ke dia?" kan soalan tu..kalu sekang ni bulan puasa, soalan mula2 kita tnya bila bangun tido, sekarang kul brapa..hahaha~~ Daripada awal kita hidup sampai la akhirat nnti, pun kita akan disoal lagi...hmmm...mungkin soalan terkahir dalam hidup kita, kita akan ditanya, 'apa yang kamu buat semasa hidup'..so banyak2 beramal..

Komen: Hidup kena banyak beramal
Peace Not War!!!~~

Tuesday, August 24, 2010

Malaysia 37th in the world - Newsweek

Malaysia is ranked as 37th in the world on Newsweek magazine's "The World's Best Countries" list, which ranks top globe nations by economy, politics, education, health and quality of life. Singapore is ranked at 20th, Thailand (58th), Philippines (63rd) and Indonesia (73rd). Finland is ranked as number one, followed by Switzerland and Sweden. The magazine also listed Malaysia as the eighth best in education category among the upper middle-income countries.

Comment: Proud to be Malaysian..:)

Peace Not War!!!~~

Indonesia buat hal lagi

Menyirap darah bila tgk MHI pagi tadi, Kedutaan Malaysia di baling Najis + Bendera Malaysia dipijak2...suka ati ja buat camtu..

Baca berita penuh. Utusan





Peace Not War!!!~~

Thursday, August 19, 2010

Vampires Suck!

Sypnosis


A spoof of vampire-themed movies, where teenager Becca finds herself torn between two boys. As she and her friends wrestle with a number of different dramas, everything comes to a head at their prom.
From Nuffnang

Directors:Jason Friedberg,Aaron Seltzer
Writers:Jason Friedberg (screenplay), Aaron Seltzer (screenplay)



Komen: Twilight Saga funny version..:)
Peace Not War!!!~~

Misi Full package = Blogwalking+klik nuff+follow

Ha...kali ni aku berazam sambil2 aku blogwalking (bw) aku nak tolong semua bloggers yang ada kat Malaysia ni dapat duit thru nuff..tekad aku, tiap kali bw, klu jumpa iklan, aku akan klik..ni kira misi gila jugak ni..sambil2 tu, aku akan jadi follower dia..let's go!!!

Update: setakat arini, da 243 bloggers aku follow..makaih, jauh lagi nak dapat target aku...sabar+gigih..:)


Komen: I'll follow u...(antu kuning Digi)
Peace Not War!!!~~

Tuesday, August 17, 2010

Nak beli helicopter

Pagi buta lagi da drive laju2 pasai nak kejar masa masuk opis..Muar-Opis (6.30am-8.30am) tapi merah gak punchcard..chett...pasai aku kena jalan kaki masuk opis. Ingat beli Helicopter la senang kot..hahaha~~

Peace Not War!!!~~

Friday, August 13, 2010

Bazaar Ramadhan & Sakit kaki

Asal puasa ja, mesti bazaar ramadhan menjadi tempat tumpuan ramai orang. Tak kira la kecik besaq, muda tua, kaya miskin..da jadi macam pesta lak. Hampir setiap tempat wajib ada. Yang penting bawak duit ja. Macam juadah ada, seb abik la orang M;sia ni xmakan gajah, kalu x, rasanya gajah panggang pun ada.hahaha..

Kalau kat bazaar nih, bukan takat orang Islam ja yang membeli, suma kaum ada. Tu yang uniknya. Sama gak ngan pasar malam, cuma yang ni dia bukak awai skit. Ada setengah tempat jam 2.30pm da bukak..perghh..sapa yang xposa, sedap la. coz time2 tu mmg da kebuluq xkira dah. Aku ingat dulu time blajaq, klu aku pi bazaar, selalu carik kewtiaw goreng, 3 kuih, ngan air. cukup. tapi orang lain aku tgk, macam xleh makan dah esok lusa tu..

Semalam aku balik keja amik wife kat office. Cian dia, da beberapa hari sakit kaki. xtau pasai apa. Dulu ada gak dia ngadu, tapi now cam agak teruk, risau aku. Hopefully xda yg serius. Tambahan lak skg ni, tangan kanan dia cam sakit2 gak. Lagi plak, masa awal puasa, Erfan xda sini, nalik kampung, duk ngan mak mertua aku jap. Ala2 kembali honey moon la. Tapi bosan, klu Erfan xdak. Selalu balik kerja, mesti terkam dia dulu, cium dalam 4-5 kali, tgk dia jalan terkedek2, pastu bagi pas kerja aku kat dia..terhibur aku. hilang rasa penat..


Next week, geng can mali can nak wat buka posa kat umah Aneem. aku diorg soh bawak durian..erkk..camtu...hahaha...xkira aku nak buat char kew tiaw jugak..hahaha...


Peace Not War!!!~~

Wednesday, August 11, 2010

Birthday Erfan

Entry ni terkebelakang skit pasai aku xsempat nak upload pic anak aku Erfan time birthday dia. Wife aku antara orang yang paling excited buat preparation. mak mertua n mak sedara dia pun, xketinggalan. Mula2 plan nak buat kat umah aku ja, tapi memandangkan ramai sedara Hajjar kat Muar, so buat kat sana. Lagi pun, cucu sulung, + penghargaan utk family mertua aku. Lagi satuu, ni bersekali dengan sambut Fathers Day dan besday adik2 ipar Wanie dan Intan..

Banyak juga erfan dapat hadiah. baju,seluar, kasut, mainan..duit skit..apa-pun yang penting, gembira..:)


Baju ngan seluar baru dari Mak Wo

Kek cawan

Kek Erfan - YoGabBa
 Kek Erfan

Hadiah Besday..

Tiup lilin pakai baju MakTeh bagi sambil tiup lilin

Belajar potong kek

Happy Hour!!

Anak bapak
Peace Not War!!!~~

Puasa menjelang tiba

Hari ni 1st day puasa. Petang ni aku jamin ramai orang akn berpusu-pusu berubut pi cari makanan nak berbuka. pastu beli banyak2 cam xpenah makan..da jadi tabiat orang kita camtu. Suma ikut nafsu..harap2 aku xjadi camtu..huhuhu~~

Apa kata, daripada kita banyak berbelanja untuk diri sendiri masa buka puasa tu, kita sedekah kat orang..kalau da sorang sampai 8 bungkus, nak makan sorang...agak2 leh abih ka? baik sedekah la skit kat umah anak2 yatim/fakir..katakan sorang sedekah 2-3 kuih, klu seratus orang? kata bazar tu rasanya paling tidak pun mau dlm 1000 lebih org..cuba bayangkan...

Lagi satu, da jadi amalan dari dulu, kalau puasa ja, mesti ramai yg nak buat majlis berbuka kat umah anak yatim. pastu bagi hamper.bagus la, cuma kalau dibuat sepanjang tahun, baru la lebih bermakna..cukup untuk bebelan itu..:)

Last week birthday wife, malam sebelumnya, ada wat makan2 kira cam ala reuinion la ngan member2 lama. Bila terkenang sorang2 masa study..terbayang apa la nak jadi budak2 nih nnti..Alhamdulillah suma jadi orang, dan bukan beruang..hahaha...Last week gak Erfan xbrapa sihat. Cirit-birit, selsema+demam..tapi alhamdulillah, dia dikurniakan antibodi yang kuat. Now da pandai bertegur sapa ngan orang ramai (walaupun dari dulu). klu bawak pi jalan, mesti ada ja orang yg dia akan tegur, tapi guna bahasa dia la..aku pun xfaham..:)


Peace Not War!!!~~

Tuesday, August 03, 2010

Parlimen Indonesia digodam gambar lucah

JAKARTA 2 Ogos - Gambar-gambar lucah terpampang dalam perkhidmatan penerangan dalaman Parlimen Indonesia hari ini, mengejutkan wartawan dan birokrat yang bergantung kepada penggunaan skrin itu untuk mendapatkan maklumat terkini acara politik.

Imej adegan seks yang kemungkinan diambil dari Internet mengisi skrin sesentuh yang digunakan pemberita, petugas politik dan pelawat selama kira-kira 15 minit sebelum pengawal keselamatan menutupnya.
 Baca lagi..

Komen: Harap2 Parlimen Malaysia xda kena camni..:)
Peace Not War!!!~~

Wednesday, July 21, 2010

Benjy tarik rayuan habeas corpus

PUTRAJAYA 21 Julai - Pelakon Benjy hari ini menarik balik rayuan habeas corpusnya di Mahkamah Persekutuan di sini. - klik utk detail Utusan.
habeas corpus = (literally, "that you have the body [the subject person under detention]") is a writ, or legal action, through which a prisoner can be released from unlawful detention. ref. Wikipedia
Nak tau pasai habeas corpus, klik sini..

Peace Not War!!!~~

Harga Emas turun

Semalam member gitau, rega emas da turun. So aku check la kat pakcik Google, search kijang emas (Malaysia's gold bullion coin). Sepanjang July aku tgk memang ada turun skit. kalau 1 Julai 2010, rega 1oz (sama dengan 28.3495231 gram) RM4,271, hari ni 21 Julai 2010, rega da jadi RM4,056 turun dalam RM215/oz (5.3% turun). perghh..aku siap buat kira-kira lagi.
Kalau dalam gram rega dia lebih kurang camni la:
1 Julai 2010 = RM150.66
21 Julai 2010 = RM143.07


Kalau nak tau rega emas semasa&harga syor di pasaran, leh check sini, Persatuan Tukang Emas & Permata xpun ngan Bank Negara.
19 julai 2010 utk emas 916 (emas paling fames kat Malaysia, amat dikenali oleh makcik2 & kedai pajak gadai) harga RM143.00. Sapa nak kawen, mesti kena tau rega2 emas ni..hehehe...


Tapi boss aku gitau kalau stakat turun skit camtu, kurang berbaloi nak beli. Lagi dia gitau, nak beli emas, jgn beli kat kedai2 besar, cari kedai emas kat pekan2 kecik atau kedai pajak gadai..:)


, Peace Not War!!!~~

Iron Dome, Israel's anti-missile system

Jerusalem (CNN) -- Israel's anti-missile system, the Iron Dome, will become operational within four months, the Israeli Defense Ministry said Monday.


The security system -- which was designed to protect Israel from short-range missiles and rockets -- is part of a larger defense system that includes protection from mid- and long-range missiles, intended to protect Israel from a possible Iranian attack (???) , the ministry said in a statement Monday

Read more here.
 
Komen: Kalau Israel buat, suma ok..kalau negara lain yang buat, macam ancaman diorg bagi..
Peace Not War!!!~~

Monday, July 19, 2010

Pemenang hadiah komen RM2

Hadiah ni aku bagi kat Harlinda Halim. utk komen idea baru..yang lain2 jgn sedih..ada gak adiahnya..tunggu..


Update:
Misi Gila: Nak jadi follower 120,483 blog, stakat ni aku baru folow 121..:) masih jauh lagi tu..dan utk komen paling best, esok aku announce..singgit..:)

Peace Not War!!!~~

Sunday, July 18, 2010

Idea Gila : Nak jadi follower kepada 120,483 blogger..komen besh dapat RM1

Ok, ni idea gila aku. Dalam minggu ni, aku nak belajaq keluarkan idea2 gila..pastu soh orang komen, komen paling best, aku kasi cash..RM1..ok pa..dalam seminggu, mybe 2 kali aku nak buat. So, sekurang2nya otak aku xakan berenti berfikir..:)

Yang ni, target aku, nak jadi follower kepada 120,483 blogger..sebab pa jumlah tu, sama ngan tarikh lahir aku..sapa2 yang minat nak soh aku jadi folower dia, mai bagitau..nnti aku singgah..seminggu sekali, aku cuba update da berapa aku folow..mybe akan makan tahun, xpa, aku akan gagahi.

Kalau selama ni semua orang nak dianya followers ramai, tapi aku nak jadi follower utk seramai mungkin..:) naktgk usaha aku setakat ni, klik sini.

Bloggers, jom support!!!~~~


p/s:Posting sebelum ni, aku bagi RM2, keputusan ari Isnin ni..19 julai 2010..mekasih yang bagi komen..


Peace Not War!!!~~

Friday, July 16, 2010

Idea baru..tolong komen..klu besh dapat RM2

Semalam masa nak balik ke rumah, atas motor aku dok pikir apa benda aku nak buat. Masa aku jumpa Addy malam Rabu, buat otak aku berpikir ligat. 'Buat duit tanpa guna duit, dan buat duit gunakan duit..tapi klu xleh buat duit guna duit, itu kurang berguna..'

'Jadikan benda yang kita minat tu, jadi duit..' hmmm...yg ni lagi menarik..aku xingat sapa yang gitau, tapi aku suka idea tu. Masih atas motor, aku dapat idea. Aku minat melukis & photografi, kalu aku combine dua-dua ni, buleh la ada income skit2. katakan klu wat karikatur, charge RM5-7 per foto, ok gak. Orang suka, aku lagi suka..nak buat apa mahal2, asalkan orang suka, tu yang penting. Emm..siap gambar, scan pastu email..klu nak hardcopy, kena pos la..hermmm..pikir-pikir-pikir~~

Nak lagi best, gambar tu, lukis atas canvas+taruk kaler skit..tapi rega xleh la RM5-7, klu canvas tu jer siap frame, koman2 RM15+kaler+workmanship...erm...RM30-40 ok kot..tengok saiz.

Pastu klau sapa nak amik potrait foto, leh bagi FREE drawing/karikatur muka dia skali..emm...ok kot..xpenah dibuat orang ker??ke da ada..??


Minta tolong kasi komen idea ni.. sapa yang bagi komen paling besh~~dapat hadiah RM2.00 (dua ringgit Malaysia)..betul aku janji, xtipu..(korang tinggal komen ja..nti aku annouce sapa menang..) contoh artworks kat sini.


Komen: Credit utk my wife Hajjar, bagi idea besh~~

Peace Not War!!!~~

Wednesday, July 14, 2010

Contest...


Contest: teka berat Erfan..hadiah besh..:)

klik sini -----> http://scottishajjar.blogspot.com/2010/07/contest-teka-kg.html

p/s: tq to my wife..:)

Peace Not War!!!~~

Fotoflexer

Saja godek tenet, jumpa satu foto editor fotoflexer.

mudah, byk function, yg penting xyah install. ni hasilnya..

Erfan tunjuk garang...

Nampak gigi

 Peace Not War!!!~~

Tuesday, July 13, 2010

Final World Cup





Akhirnya Sepanyol berjaya menjulang WC 2010 selepas 40 tahun tunggu. Ramalan Mr. Pual sekali lagi menajdi kenyataan. Menang 1-0 kepada Belanda, menjulang nama Spain sebagai pemenang WC 2010.

Berbalik pada diari aku, minggu lepas balik kerja, siap2 terus grak balik Perak. Bertolak dalam 9.00 mlm, sampai lebih kurang 12.30am. tolak berenti makan kat Rawang (30 minit) lebih kurang 3 jam. Alhamdulillah, xngantuk..bangun pagi pasa solat Subuh, Abah ngan Along, da kuar pi cari durian. dapat xda la banyak dalam satu keranjang penuh ja, xtermasuk jamu besan abah dari Kedah, ngan simpan untuk orang dlm 20 biji..huhuhu~~..Abah gitau, ni tengah belajaq nak luruh (gugur)..Hari tu dapat la dalam RM200 abah juai durian. aku seperti biasa, akan melantak sebanyak mungkin..hahahaa...
Sesi membelah durian
Durian Changkat Jering

Pastu along ajak pi gagau ikan kat kebun. tapi ikan xbanyak, n xsenang jugak nak tangkap. Last2 dapat sekor ja, ikan talapia. boleh la buat lauk aritu..aku pun tumpang sekaki turun menggagau pakai pukat. cis..sekor pun xlekat.

Balik dari tangkap ikan, sesi berendam kat air terjun plak. Anak aku bukan main suka dapat berendam dalam air. Walaupun sejuk, aku tgk dia gumbira bukan main. Anak2 buat aku yang laen, xyah cerita la.Pantang diajak, mesti on..:) Malamnya pi pekena laksa, kat Pekan Ahad (pasar malam changkat jering).. layan abih....

Aku pun da lama xbalik perak, last masa kenduri adik aku kat Slim dalam bulan 3. Alhamdulillah, mak abah sihat. Cuma la ni, xda orang la kat umah. Fatin da masuk Matrik, Angah lak da pindah umah abah. Tapi xjauh pun, dlam 300 meter ja dari umah..so, xda la sunyi..

Esoknya, aku pi melawat kawan lama, Atan. Sedih aku tengok dia, katanya kena sampuk. Bercakap sorang2, xingat orang..baru lagi dia kena, dalam 3-4 hari sebelum aku balik. Sebelum ni da kena, tapi da ok. Siap kluar men futsal, la apa la. Pakcik Man (ayahnya) da banyak berubat, pun belum ok. pakat2 doa dia sembuh.Petang, lepas makan nasi, aku gerak. Tapi singgah Ipoh jap, jumpa adik Hajjar pastu anta Fatin kat Gopeng. Sampai umah dalam jam 9.00 mlm. Badan penat gak, tapi rasa lega sangat dpat jumpa family..nest trip, balik Kedah kot..tpi belum tau lagi bila..hmmm...



Peace Not War!!!~~

Thursday, July 08, 2010

Ramalan Sotong tak menjadi...

Menurut seekor sotong yang diberi nama Pual Paul, kerap membuat ramalan pasai World Cup berjaya memberikan ramalan yang terbaik untuk Jerman yang tewas kepada Spain 1-0.


1st Semi Final - Uruguay 2 : 3 Netherlands - Highlights

2nd Semi Final - Germany 0 : 1 Spain - Highlights


Upcoming matches - Match for third place:

Uruguay vs. Germany - 11 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))

Final:

Netherlands vs. Spain - 12 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))



Komen: Pasni sotong bleh digoreng...babai en.sotong...cis...dan moral of story, jangan percaya dengan tilikan @ tukang tilik.Peace Not War!!!~~

Wednesday, July 07, 2010

World Cup 2nd Semi Final Prediction

The match between Germany vs Spain in the FIFA 2010 World Cup Football second Semi-final (8th July 2010) is going to be a rematch of the final of Euro 2008, where World Cup 2010 now most favorite team Spain won that contest 1-0 against Germany. Spain team has reached in the Semi-final of the World Cup Football for the first time since 1950.

Komen: Sapa menang? tggu dan lihat..Tapi aku teringat berita kat tv3 ari Sabtu. Seekor sotong yang pandai meramal dah beberapa kali buat ramalan, dan kebanyakan ramalannya betul..:), untuk German ngan Spain, dia pilih German..
 
Peace Not War!!!~~

Monday, July 05, 2010

Slash (ex-guitarist Guns & Roses) live in Malaysia 5th August 2010

KUALA LUMPUR: Slash, the pioneering member of Guns ‘n’ Roses and one of hard rock’s finest guitarists is set to rock Malaysia for the first time in August. He will perform at Surf Beach, Sunway Lagoon in Selangor on August 5.

Back in blistering “live form,” Slash (real name Saul Hudson), 44, is touring in support of his highly acclaimed recently released self-titled debut. Rocking out: American guitarist Slash performing at Tesla Arena in Prague, Czech Republic, on June 8. — AP

Apart from Malaysia, Slash will be playing Hong Kong, Singapore and Japan for his Asian tour. Slash’s touring band for his upcoming show here includes Alter Bridge’s Myles Kennedy (vocals), Bobby Schneck (guitar), Todd Kerns (bass) and Brent Fitz (drums). For a celebrated rock star that has such an illustrious past, Slash has confirmed he will perform a mix of his new solo material, Guns ‘n’ Roses and Velvet Revolver songs.

Among the Guns ‘n’ Roses classics featured in his concert sets include Civil War, Sweet Child O’ Mine, Night Train, Paradise City and Nice Boys. The Slash concert is presented by local community airline Firefly, which is making its entry into the concert scene. Firefly is also making available travel and concert packages for Slash’s upcoming show through its website fireflyz.com.my.

Tickets for Slash’s concert range RM378 (VIP), RM253 and RM183. Early bird price is RM128 and RM93. For enquiries, call hotline 03-7862-2000 or browse fatdeal.com.my.


Source form: thestar
Pakcik Slash nak mai Malaysia..Jarang-jarang dapat peluang camni..klu xpi, rugi gak.Kalau pi, mau kopak..
Peace Not War!!!~~

Merayap ke blog orang lain..

Sabtu (3 julai 2010) sambut besday Erfan, walaupun da terlepas sehari. Buat biasa2 ja, jemput family terdekat. tapi meriah..gambar..esok or lusa aku upload.

Saja bosan2, aku pun merayap kat blog2 orang lain..ramai rupanya orang M'sia ni ada blog. Macam2 jenis, macam2 kaler..macam2 content. Ada cerita diari, pasai family, kawan2, adik beradik...saja2 suka, bergossip, politik, bisness..ni antara blog yang aku da lalu kejap tadi..

http://casablander.blogspot.com/
http://aiyeworld.blogspot.com/
http://fifieylycheemaration.blogspot.com/
http://misdalila.blogspot.com/
http://anasfadilah.blogspot.com/
http://eyla-comtesse.blogspot.com/
http://ell-pmc.blogspot.com/
http://norgadis.blogspot.com/
http://hanilentik.blogspot.com/
http://myfreakingthought.blogspot.com/
http://niezapunyablog.blogspot.com/
http://kniedaz78.blogspot.com/

 
Follower ramai diorg ni, paling skit pun 150 kot..yg len da lebih 500++ kagum aku..:)
Nak kena buat komen ker tiap satu ni?? xleh, nanti xsilap info, marah owner.. xpun nati aku free, aku buat le.

Lagi satu aku kagum ngan blog wife aku. dia start awal 2010. Daripada xde apa2, sampai da macam2 ada..ni blog dia. http://scottishajjar.blogspot.com
 
Aku tengah terfikir nak buat satu projek, lukis karikatur opis mate n kawan2..pun kena tunggu gak, belum ada mood..nak cari balik drawing lama2 kalau terselit bawah2 kotak..:)

 
Peace Not War!!!~~

Saturday, July 03, 2010

Erfan da pandai jalan

Hari ni, genap umur erfan 1 tahun sehari..semalam balik dari kerja agak lambat, dalam jam 9pm baru samapi umah. de benda nak kena settle before Isnin. Aku sampai umah ja, wife tgh kemas2 barang nak balik Johor, tapi Erfan sibuk nak tolong..:). Berpusing-pusing dia kat umah, sebab da boleh jalan. kalau minggu lepas, dalam 10 langkah, now da bleh bangun sendiri n jalan laju jer..

Semalam petang mak mertua aku bawak dia pi jalan2 kat Midval, 1st time dia jalan sendiri, punya suka mak aku gitau. Menjerit2 suka masa berjalan tu..

Sempena musim World Cup ni, Erfan pun xketinggalan gak. banyak kali aku perasan, klu ada iklan bola, or dengar lagu 'Wakaka' or 'Waving flag', mesti dia trus ngadap tv, xberpaling..xkira la dia tengah menyusu ker, sibuk 'kemas umah' ke..kebetulan masa balik Muar, neneknya da pam bola, 2 bijik.. punya la suka main bola tu..siap acah2 gelecek bola..aku xtau mana dia belajar n minat ikut sapa. Cam aku, xder la fanatik sangat bola, sebab sukan aku softball..maknya pun, xde gak...ni msti ikut bapak2 sedara dia yang lain yang gila bola..

Alhamdulillah, sejak lahir, sampai sekarang, dia xbanyak ragam. demam pun xteruk n xlama. cuma last week ja, cirit-birit, dalam 4-5 hari gak. Tapi, dia sangat cergas wapun kena cirit-birit..

Sempena umur dia setahun ni, aku ngan wife ada plan nak bagi hadiah kat orang..tunggu kemunculan kat blog wife.. http://scottishajjar.blogspot.com/



p/s: pada orang2 yang komen drawing ak ukat fb, tq...ramai lak mintak aku lukis..xjanji aku dpt buat utk semua..:)

Peace Not War!!!~~

Wednesday, June 30, 2010

Latest Artwork

This two skecthes dedicated to my beloved wife, Siti Hajjar and to my son, Muhammad Erfan Ismail. Thanks for giving me a lot of supports and happiness.



Faizal Tahir

Eminem


Sapa yang teringin nak komen tu, dipersilakan..tunggu, maybe lepas ni ada lagi artwork2 len..tapi xjanji la bila..:)

Tuesday, June 29, 2010

Arab student sends an e-mail..

Arab student sends an e-mail to his Dad saying:

Dear Dad,
Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here, but Dad, I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes, when all my Teachers travel by train.

Your Son

Nasser

.................................................................................................................................................................

Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:


Loving son,
Twenty Million Dollars transferred to your account, please stop embarrassing us, go and get yourself a train too.

Your Dad



hahahahaha~~~~
Peace Not War!!!~~

Wednesday, June 23, 2010

Selepas hampir setahun..

Ni la selepas hampir setahun usia anak pertama aku..:)
Now da pandai jalan, ada la dalam 10-12 langkah..gigi da 8 batang, dua batang coming soon..rambut dia, aku xpenah potong sejak lepas cukur, klu xsilap masa umur dia tiga bulan kot..aku nak biar panjang..:)




Peace Not War!!!~~

Broga Pic 2

Kawan2, ni ada sambungan gambar yang sempat aku upload.



 manusia gagah perkasa...


 comel jump...

 Jump..


Askar sesat...

Peace Not War!!!~~

Tuesday, June 22, 2010

Broga pic..

Kumpulan pendaki Broga..hahahahaha


Sorry guys, xsempat nak upload, yang len2 nnti aku kasi up...:) tunggu.....

Peace Not War!!!~~

Setahun dulu...

Sedar xsedar, hampir setahun aku jadi bapak..aku ingat lagi setahun yang lepas (2 julai 2009), pagi tu dapat mesej dari Hajjar, dlm jam 4am, gitau perut sakit. Pagi tu aku pi keja siap baju baju, sebab tiba2 terdetik maybe arini dia nak bersalin. ingat lagi aritu ari Khamis, dalam jam 10am, Hajjar gitau ada contraction, aku pun tawakal ja.. Maklum la masa tu masih duk asing2 lagi. Dalam hati ni, berdebar ja. dalam jam 12 lbih, dapat mesej da nak gi spital.

Dalam jam 12.3 lebih, aku terus gitau boss, nak kena balik Muar, my wife da nak due...Sepantas kilat, aku merempit ke Pudu, badan ja kat motor, hati perasaan da sampai Muar. Da habis aku pulas minyak motor aku..kira time tu aku rasa, motor aku la paling laju. aahhahaha...tapi tu la..laju camna pun motor aku tu, xleh nak pi Muar nek motor.

Camna pun, aku tetap xsempat nak teman Hajjar bersalin. dalam 5 minit nak sampai kat hospital, aku dapat call, Hajjar da selamat bersalin. Masa tu, aku sangat2 terharu, lahirnya seorang lagi umat Nabi Muhammad saw, Muhammad Erfan Ismail..sampai hospital, terus aku gi dewan bersalin (betul ke)..tapi kena tunggu jap, diorg nak bersihkan dia..xlama lepas tu, mak mertua aku datang bawak erfan...ya Allah, masa tu aku sangat2 terharu dan bersyukur. tengok muka dia, putih bersih, bibir merah, aku cium dan azankan...Alhamdulillah, Hajjar & erfan selamat.

Sekarang ni, dua orang insan ni la peneman setia aku buat masa ni. Balik kerja, tgk muka diorg, main & gurau , rasa hilang suma masalah. Ya Allah, peliharalah keselamatan insan-insan disekeliling ku daripada bala bencana dan kemurkaan-Mu.amin...



Peace Not War!!!~~

Wednesday, June 16, 2010

Broga..

13 Jun 2010..
Pagi2 da kuar umah. Janji ngan dak2 nih jam 6.00am..(gila ahh..) tapi aku bangun tido jam 6.30am..kelam kabut la pastu. Siap2 trus jumpa kat E2. Nek ngan Pudin ke broga.

Sampai sana, mak aih, ramai betul orang. rasanya dalam 200-300 orang kot. Parking kat kebun sawit sapa ntah. Trus panjat nek. xde warm-up. Nak nek atas, berselisih ramai orang da nak turun. Rupanya diorg lagi awal nek. hajat hati ktorg nak tengok matahari terbit..sebab aku lambat, suma berpanas2 kat atas..ahahaha...

Balik tu, pas mandi, aku wat mee sup sayur cendawan..emmm..ok la. pastu lelapkan mata kejap. penat jugak rupanya, camna la nak panjat gunung lain nih.. adeh...bangun tido dalam jam 4pm, kaki rasa sengal2..padan muka den.

Siap2 gi IKEA, carik barang skit, then hantar sepupu wife aku kat area situ gak..belh tahan pack gak jadual aritu..huhuhu..

Gambar xsempat nak upload lagi..kepada team yang ke Broga, len kali kita panjat lagi..hahahaha...

Peace Not War!!!~~

Friday, June 11, 2010

JB Rock!!

Video konsert Double Trouble - WINGs & Search
Dua-dua aku terlepas nak gi..yg 1st, aku gi Sarawak, 2nd kat JB, aku da balik dari JB. Tapi sekurang2nya diorg tido kat hotel yg sama masa aku kat JB. huhuhu... sempat nampak Awie, Joe, Kid, Din, Yazid..tapi ralatnya aku xamik gambar ngan diorg..cheh....




Peace Not War!!!~~