Tuesday, May 05, 2009

Virus Influenza A H1N1@Selsema Babi

Lelaki ada tanda virus influenza A H1N1 dimasukkan ke hospital Sarawak


KUCHING: Seorang rakyat tempatan yang baru kembali dari lawatan ke Amerika Syarikat (AS) dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga kerana mempunyai tanda yang menyamai virus influenza A H1N1.


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ramlee Rahmat, berkata lelaki berusia 31 tahun itu menghidap batuk, demam dan selesema apabila dia pulang ke Sarawak pada 1 Mei lalu, dan contoh sudah diambil daripada tekaknya untuk dikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.

"Kita ingin tahu jenis sebenar virus dari dalam badannya, dan keputusan itu dijangka diketahui petang atau malam ini," katanya selepas merasmikan satu seminar mengenai kesihatan di bandar raya yang dihadiri pegawai dari negara-negara Asean.

Komen: Jangan panik, tapi kena berjaga-jaga....dan telah disahkan negatif (-ve)

Sumber: Berita Harian (5/5/09@12.12pm)


Peace Not War!!!~~

No comments: