Monday, October 02, 2006

Alhamdulillah ... syukur aku masih diberi kesemapatan oleh-Nya untuk menikmati lagi sekali Bulan yang penuh dengan keberkatan. Sedar tak sedar hari ni da masuk hari ke-8 puasa..hm..cepat masa berlalu tanpa aku sedari.. (sedar cuma kadang2 ambik mudah) .
Dari sehari ke sehari..aku mulai merindui segalanya di bulan puasa masa zaman kanak2. Seronok !! Masa malam 1st puasa lagi suasana da meriah dengan ketukan 'kalak' (sejenis gendang yang dibuat daripada kayu-berbentuk tegak) dari surau sebelah rumah. Ketukan akan bermula sebaik sahaja selesai solat maghrib sehingga masuknya solat Isyak. Lagi meriah kalau berlawan dengan kampung sebelah. Bunyi bersahut-sahutan. Lawan siapa pukul lagi kuat.
Pas tu, solat terawih. Masa ni pon meriah gak. Aku dan rakan2 sekampung solatnyer tidak ... (time tue kecik lagi hehehe..) tapi bila imam da duduk tahiyat akhir, semua naik atas surau sebab nak berselawat. Ktorg siap lawan lagi sapa yg selawat paling kuat..penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lepas trawih, apa lagi..moreh. Tapi selalunya tengok la makan pe, klu stakat kuih jer..xde la ramai sgt. Kalau laksa ke, nasi ayamke..memang meriah. abih je moreh, ktorg men polis sentry lak..hahaha...yang orang-orang tua..tadarus..
Tapi sekarang..umur pon da makin meningkat. Tapi kenangan tu xkan hilang sampai bila2. Bila da jauh dari kampung nih..kadang tu rasa gak sunyinya bulan puasa. Selalu time2 nak berbuka ni la meriah. Kecoh. Tapi skrg nih.. ikut sempat jer. Cam semalam pas da puas ronda satu Bangi, singgah kat pasar. Ingat nk berbuka kat Tasik Chempaka jer..tiba2 lak jumpa member2. Join diorang berbuka kat mapley.huhuhu..

No comments: