Wednesday, October 11, 2006


.:Rahsia Seorang Lelaki:.

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiurkan.
Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri 'machonya' saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya 'laris' apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar Nabi Muhammad kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.

dipetik daripada harian metro

No comments: