Monday, October 16, 2006

SPECIAL FROM HARLEY DAVIDSON

Cuba perhatikan betul-betul gmbar di bawah nih. Dengan menggunakan beberapa ceraian daripada komponen Harley Davidson, pereka dapat menghasilkan lukisan. Kreatifkan?? Gambar aku dapat daripada email, xtau sapa yang bagi..tapi disebabkan cantik..masuk je la.

Ini pulak de lagi satu gambar lagi yang guna teknik yang sama. Actually ia seakan-akan teknik kolaj (tampal), betul ke? huhuhuh...i'm not for sure sgt. hahaha..
Huh...kagumnyer aku. Bilor la mau boleh buat cmnih. Ni lukis atas kertas pon kadang2 tergagap gagap..arghh..









Wednesday, October 11, 2006

.:Rahsia Wanita:.

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.


Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

.:Rahsia Seorang Lelaki:.

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiurkan.
Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri 'machonya' saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya 'laris' apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar Nabi Muhammad kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.

dipetik daripada harian metro

Monday, October 09, 2006

Jerebu Di Kuala Lumpur


Sabtu 7/10/2006 - hari ini lewat bangun tdo. Malamnya main futsal dengan rakan-rakan serumah. Penatnya sampai ke pagi. Cadangnya nak buat lesen ari ni tp xjadi jugak..pending lagi..haiiyyaa.. Petang pinjam motor Black pi berbuka puasa kat PERMATA, Bangi. Pastu layan movie citer Miami Vice ngn Robb-B-Hood.. Lawak xingat. Nasib la mlm..kalau siang da abih posa aku.

8/10/2006 Balik umah dalam kul 3 lebih. lepak2 jap pastu terus collape..huhuhu..Seharian xkluar rumah. Kebetulan Ayam bawa PS2 lak. Layan ajer. Rupanya arini jerebu da makin truk kalau nk dibandingkan dengan ari sebelumnya. Buat aku sesak nafas jerk..Da la smoker..lagi parah..Tiada apa yang menarik arini coz hanya lepak di rumah dan sibuk dengan tidor sahaja. Macam de orang jampi jer. Mengantuk sangat2. Da bangun tido pon , nk tdo lagi.. Parah..parah..tapi tu la satu-satunya menikmati hari cuti.. Akibatnya..esoknya aku xleh nk tido hahahaha...kol 6 lebih baru tido.

Friday, October 06, 2006



'Sofbol Membuatkan aku jatuh cinta pada bidang sukan'..

Monday, October 02, 2006

Alhamdulillah ... syukur aku masih diberi kesemapatan oleh-Nya untuk menikmati lagi sekali Bulan yang penuh dengan keberkatan. Sedar tak sedar hari ni da masuk hari ke-8 puasa..hm..cepat masa berlalu tanpa aku sedari.. (sedar cuma kadang2 ambik mudah) .
Dari sehari ke sehari..aku mulai merindui segalanya di bulan puasa masa zaman kanak2. Seronok !! Masa malam 1st puasa lagi suasana da meriah dengan ketukan 'kalak' (sejenis gendang yang dibuat daripada kayu-berbentuk tegak) dari surau sebelah rumah. Ketukan akan bermula sebaik sahaja selesai solat maghrib sehingga masuknya solat Isyak. Lagi meriah kalau berlawan dengan kampung sebelah. Bunyi bersahut-sahutan. Lawan siapa pukul lagi kuat.
Pas tu, solat terawih. Masa ni pon meriah gak. Aku dan rakan2 sekampung solatnyer tidak ... (time tue kecik lagi hehehe..) tapi bila imam da duduk tahiyat akhir, semua naik atas surau sebab nak berselawat. Ktorg siap lawan lagi sapa yg selawat paling kuat..penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lepas trawih, apa lagi..moreh. Tapi selalunya tengok la makan pe, klu stakat kuih jer..xde la ramai sgt. Kalau laksa ke, nasi ayamke..memang meriah. abih je moreh, ktorg men polis sentry lak..hahaha...yang orang-orang tua..tadarus..
Tapi sekarang..umur pon da makin meningkat. Tapi kenangan tu xkan hilang sampai bila2. Bila da jauh dari kampung nih..kadang tu rasa gak sunyinya bulan puasa. Selalu time2 nak berbuka ni la meriah. Kecoh. Tapi skrg nih.. ikut sempat jer. Cam semalam pas da puas ronda satu Bangi, singgah kat pasar. Ingat nk berbuka kat Tasik Chempaka jer..tiba2 lak jumpa member2. Join diorang berbuka kat mapley.huhuhu..