Wednesday, July 21, 2010

Benjy tarik rayuan habeas corpus

PUTRAJAYA 21 Julai - Pelakon Benjy hari ini menarik balik rayuan habeas corpusnya di Mahkamah Persekutuan di sini. - klik utk detail Utusan.
habeas corpus = (literally, "that you have the body [the subject person under detention]") is a writ, or legal action, through which a prisoner can be released from unlawful detention. ref. Wikipedia
Nak tau pasai habeas corpus, klik sini..

Peace Not War!!!~~

Harga Emas turun

Semalam member gitau, rega emas da turun. So aku check la kat pakcik Google, search kijang emas (Malaysia's gold bullion coin). Sepanjang July aku tgk memang ada turun skit. kalau 1 Julai 2010, rega 1oz (sama dengan 28.3495231 gram) RM4,271, hari ni 21 Julai 2010, rega da jadi RM4,056 turun dalam RM215/oz (5.3% turun). perghh..aku siap buat kira-kira lagi.
Kalau dalam gram rega dia lebih kurang camni la:
1 Julai 2010 = RM150.66
21 Julai 2010 = RM143.07


Kalau nak tau rega emas semasa&harga syor di pasaran, leh check sini, Persatuan Tukang Emas & Permata xpun ngan Bank Negara.
19 julai 2010 utk emas 916 (emas paling fames kat Malaysia, amat dikenali oleh makcik2 & kedai pajak gadai) harga RM143.00. Sapa nak kawen, mesti kena tau rega2 emas ni..hehehe...


Tapi boss aku gitau kalau stakat turun skit camtu, kurang berbaloi nak beli. Lagi dia gitau, nak beli emas, jgn beli kat kedai2 besar, cari kedai emas kat pekan2 kecik atau kedai pajak gadai..:)


, Peace Not War!!!~~

Iron Dome, Israel's anti-missile system

Jerusalem (CNN) -- Israel's anti-missile system, the Iron Dome, will become operational within four months, the Israeli Defense Ministry said Monday.


The security system -- which was designed to protect Israel from short-range missiles and rockets -- is part of a larger defense system that includes protection from mid- and long-range missiles, intended to protect Israel from a possible Iranian attack (???) , the ministry said in a statement Monday

Read more here.
 
Komen: Kalau Israel buat, suma ok..kalau negara lain yang buat, macam ancaman diorg bagi..
Peace Not War!!!~~

Monday, July 19, 2010

Pemenang hadiah komen RM2

Hadiah ni aku bagi kat Harlinda Halim. utk komen idea baru..yang lain2 jgn sedih..ada gak adiahnya..tunggu..


Update:
Misi Gila: Nak jadi follower 120,483 blog, stakat ni aku baru folow 121..:) masih jauh lagi tu..dan utk komen paling best, esok aku announce..singgit..:)

Peace Not War!!!~~

Sunday, July 18, 2010

Idea Gila : Nak jadi follower kepada 120,483 blogger..komen besh dapat RM1

Ok, ni idea gila aku. Dalam minggu ni, aku nak belajaq keluarkan idea2 gila..pastu soh orang komen, komen paling best, aku kasi cash..RM1..ok pa..dalam seminggu, mybe 2 kali aku nak buat. So, sekurang2nya otak aku xakan berenti berfikir..:)

Yang ni, target aku, nak jadi follower kepada 120,483 blogger..sebab pa jumlah tu, sama ngan tarikh lahir aku..sapa2 yang minat nak soh aku jadi folower dia, mai bagitau..nnti aku singgah..seminggu sekali, aku cuba update da berapa aku folow..mybe akan makan tahun, xpa, aku akan gagahi.

Kalau selama ni semua orang nak dianya followers ramai, tapi aku nak jadi follower utk seramai mungkin..:) naktgk usaha aku setakat ni, klik sini.

Bloggers, jom support!!!~~~


p/s:Posting sebelum ni, aku bagi RM2, keputusan ari Isnin ni..19 julai 2010..mekasih yang bagi komen..


Peace Not War!!!~~

Friday, July 16, 2010

Idea baru..tolong komen..klu besh dapat RM2

Semalam masa nak balik ke rumah, atas motor aku dok pikir apa benda aku nak buat. Masa aku jumpa Addy malam Rabu, buat otak aku berpikir ligat. 'Buat duit tanpa guna duit, dan buat duit gunakan duit..tapi klu xleh buat duit guna duit, itu kurang berguna..'

'Jadikan benda yang kita minat tu, jadi duit..' hmmm...yg ni lagi menarik..aku xingat sapa yang gitau, tapi aku suka idea tu. Masih atas motor, aku dapat idea. Aku minat melukis & photografi, kalu aku combine dua-dua ni, buleh la ada income skit2. katakan klu wat karikatur, charge RM5-7 per foto, ok gak. Orang suka, aku lagi suka..nak buat apa mahal2, asalkan orang suka, tu yang penting. Emm..siap gambar, scan pastu email..klu nak hardcopy, kena pos la..hermmm..pikir-pikir-pikir~~

Nak lagi best, gambar tu, lukis atas canvas+taruk kaler skit..tapi rega xleh la RM5-7, klu canvas tu jer siap frame, koman2 RM15+kaler+workmanship...erm...RM30-40 ok kot..tengok saiz.

Pastu klau sapa nak amik potrait foto, leh bagi FREE drawing/karikatur muka dia skali..emm...ok kot..xpenah dibuat orang ker??ke da ada..??


Minta tolong kasi komen idea ni.. sapa yang bagi komen paling besh~~dapat hadiah RM2.00 (dua ringgit Malaysia)..betul aku janji, xtipu..(korang tinggal komen ja..nti aku annouce sapa menang..) contoh artworks kat sini.


Komen: Credit utk my wife Hajjar, bagi idea besh~~

Peace Not War!!!~~

Wednesday, July 14, 2010

Contest...


Contest: teka berat Erfan..hadiah besh..:)

klik sini -----> http://scottishajjar.blogspot.com/2010/07/contest-teka-kg.html

p/s: tq to my wife..:)

Peace Not War!!!~~

Fotoflexer

Saja godek tenet, jumpa satu foto editor fotoflexer.

mudah, byk function, yg penting xyah install. ni hasilnya..

Erfan tunjuk garang...

Nampak gigi

 Peace Not War!!!~~

Tuesday, July 13, 2010

Final World Cup





Akhirnya Sepanyol berjaya menjulang WC 2010 selepas 40 tahun tunggu. Ramalan Mr. Pual sekali lagi menajdi kenyataan. Menang 1-0 kepada Belanda, menjulang nama Spain sebagai pemenang WC 2010.

Berbalik pada diari aku, minggu lepas balik kerja, siap2 terus grak balik Perak. Bertolak dalam 9.00 mlm, sampai lebih kurang 12.30am. tolak berenti makan kat Rawang (30 minit) lebih kurang 3 jam. Alhamdulillah, xngantuk..bangun pagi pasa solat Subuh, Abah ngan Along, da kuar pi cari durian. dapat xda la banyak dalam satu keranjang penuh ja, xtermasuk jamu besan abah dari Kedah, ngan simpan untuk orang dlm 20 biji..huhuhu~~..Abah gitau, ni tengah belajaq nak luruh (gugur)..Hari tu dapat la dalam RM200 abah juai durian. aku seperti biasa, akan melantak sebanyak mungkin..hahahaa...
Sesi membelah durian
Durian Changkat Jering

Pastu along ajak pi gagau ikan kat kebun. tapi ikan xbanyak, n xsenang jugak nak tangkap. Last2 dapat sekor ja, ikan talapia. boleh la buat lauk aritu..aku pun tumpang sekaki turun menggagau pakai pukat. cis..sekor pun xlekat.

Balik dari tangkap ikan, sesi berendam kat air terjun plak. Anak aku bukan main suka dapat berendam dalam air. Walaupun sejuk, aku tgk dia gumbira bukan main. Anak2 buat aku yang laen, xyah cerita la.Pantang diajak, mesti on..:) Malamnya pi pekena laksa, kat Pekan Ahad (pasar malam changkat jering).. layan abih....

Aku pun da lama xbalik perak, last masa kenduri adik aku kat Slim dalam bulan 3. Alhamdulillah, mak abah sihat. Cuma la ni, xda orang la kat umah. Fatin da masuk Matrik, Angah lak da pindah umah abah. Tapi xjauh pun, dlam 300 meter ja dari umah..so, xda la sunyi..

Esoknya, aku pi melawat kawan lama, Atan. Sedih aku tengok dia, katanya kena sampuk. Bercakap sorang2, xingat orang..baru lagi dia kena, dalam 3-4 hari sebelum aku balik. Sebelum ni da kena, tapi da ok. Siap kluar men futsal, la apa la. Pakcik Man (ayahnya) da banyak berubat, pun belum ok. pakat2 doa dia sembuh.Petang, lepas makan nasi, aku gerak. Tapi singgah Ipoh jap, jumpa adik Hajjar pastu anta Fatin kat Gopeng. Sampai umah dalam jam 9.00 mlm. Badan penat gak, tapi rasa lega sangat dpat jumpa family..nest trip, balik Kedah kot..tpi belum tau lagi bila..hmmm...



Peace Not War!!!~~

Thursday, July 08, 2010

Ramalan Sotong tak menjadi...

Menurut seekor sotong yang diberi nama Pual Paul, kerap membuat ramalan pasai World Cup berjaya memberikan ramalan yang terbaik untuk Jerman yang tewas kepada Spain 1-0.


1st Semi Final - Uruguay 2 : 3 Netherlands - Highlights

2nd Semi Final - Germany 0 : 1 Spain - Highlights


Upcoming matches - Match for third place:

Uruguay vs. Germany - 11 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))

Final:

Netherlands vs. Spain - 12 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))



Komen: Pasni sotong bleh digoreng...babai en.sotong...cis...dan moral of story, jangan percaya dengan tilikan @ tukang tilik.Peace Not War!!!~~

Wednesday, July 07, 2010

World Cup 2nd Semi Final Prediction

The match between Germany vs Spain in the FIFA 2010 World Cup Football second Semi-final (8th July 2010) is going to be a rematch of the final of Euro 2008, where World Cup 2010 now most favorite team Spain won that contest 1-0 against Germany. Spain team has reached in the Semi-final of the World Cup Football for the first time since 1950.

Komen: Sapa menang? tggu dan lihat..Tapi aku teringat berita kat tv3 ari Sabtu. Seekor sotong yang pandai meramal dah beberapa kali buat ramalan, dan kebanyakan ramalannya betul..:), untuk German ngan Spain, dia pilih German..
 
Peace Not War!!!~~

Monday, July 05, 2010

Slash (ex-guitarist Guns & Roses) live in Malaysia 5th August 2010

KUALA LUMPUR: Slash, the pioneering member of Guns ‘n’ Roses and one of hard rock’s finest guitarists is set to rock Malaysia for the first time in August. He will perform at Surf Beach, Sunway Lagoon in Selangor on August 5.

Back in blistering “live form,” Slash (real name Saul Hudson), 44, is touring in support of his highly acclaimed recently released self-titled debut. Rocking out: American guitarist Slash performing at Tesla Arena in Prague, Czech Republic, on June 8. — AP

Apart from Malaysia, Slash will be playing Hong Kong, Singapore and Japan for his Asian tour. Slash’s touring band for his upcoming show here includes Alter Bridge’s Myles Kennedy (vocals), Bobby Schneck (guitar), Todd Kerns (bass) and Brent Fitz (drums). For a celebrated rock star that has such an illustrious past, Slash has confirmed he will perform a mix of his new solo material, Guns ‘n’ Roses and Velvet Revolver songs.

Among the Guns ‘n’ Roses classics featured in his concert sets include Civil War, Sweet Child O’ Mine, Night Train, Paradise City and Nice Boys. The Slash concert is presented by local community airline Firefly, which is making its entry into the concert scene. Firefly is also making available travel and concert packages for Slash’s upcoming show through its website fireflyz.com.my.

Tickets for Slash’s concert range RM378 (VIP), RM253 and RM183. Early bird price is RM128 and RM93. For enquiries, call hotline 03-7862-2000 or browse fatdeal.com.my.


Source form: thestar
Pakcik Slash nak mai Malaysia..Jarang-jarang dapat peluang camni..klu xpi, rugi gak.Kalau pi, mau kopak..
Peace Not War!!!~~

Merayap ke blog orang lain..

Sabtu (3 julai 2010) sambut besday Erfan, walaupun da terlepas sehari. Buat biasa2 ja, jemput family terdekat. tapi meriah..gambar..esok or lusa aku upload.

Saja bosan2, aku pun merayap kat blog2 orang lain..ramai rupanya orang M'sia ni ada blog. Macam2 jenis, macam2 kaler..macam2 content. Ada cerita diari, pasai family, kawan2, adik beradik...saja2 suka, bergossip, politik, bisness..ni antara blog yang aku da lalu kejap tadi..

http://casablander.blogspot.com/
http://aiyeworld.blogspot.com/
http://fifieylycheemaration.blogspot.com/
http://misdalila.blogspot.com/
http://anasfadilah.blogspot.com/
http://eyla-comtesse.blogspot.com/
http://ell-pmc.blogspot.com/
http://norgadis.blogspot.com/
http://hanilentik.blogspot.com/
http://myfreakingthought.blogspot.com/
http://niezapunyablog.blogspot.com/
http://kniedaz78.blogspot.com/

 
Follower ramai diorg ni, paling skit pun 150 kot..yg len da lebih 500++ kagum aku..:)
Nak kena buat komen ker tiap satu ni?? xleh, nanti xsilap info, marah owner.. xpun nati aku free, aku buat le.

Lagi satu aku kagum ngan blog wife aku. dia start awal 2010. Daripada xde apa2, sampai da macam2 ada..ni blog dia. http://scottishajjar.blogspot.com
 
Aku tengah terfikir nak buat satu projek, lukis karikatur opis mate n kawan2..pun kena tunggu gak, belum ada mood..nak cari balik drawing lama2 kalau terselit bawah2 kotak..:)

 
Peace Not War!!!~~

Saturday, July 03, 2010

Erfan da pandai jalan

Hari ni, genap umur erfan 1 tahun sehari..semalam balik dari kerja agak lambat, dalam jam 9pm baru samapi umah. de benda nak kena settle before Isnin. Aku sampai umah ja, wife tgh kemas2 barang nak balik Johor, tapi Erfan sibuk nak tolong..:). Berpusing-pusing dia kat umah, sebab da boleh jalan. kalau minggu lepas, dalam 10 langkah, now da bleh bangun sendiri n jalan laju jer..

Semalam petang mak mertua aku bawak dia pi jalan2 kat Midval, 1st time dia jalan sendiri, punya suka mak aku gitau. Menjerit2 suka masa berjalan tu..

Sempena musim World Cup ni, Erfan pun xketinggalan gak. banyak kali aku perasan, klu ada iklan bola, or dengar lagu 'Wakaka' or 'Waving flag', mesti dia trus ngadap tv, xberpaling..xkira la dia tengah menyusu ker, sibuk 'kemas umah' ke..kebetulan masa balik Muar, neneknya da pam bola, 2 bijik.. punya la suka main bola tu..siap acah2 gelecek bola..aku xtau mana dia belajar n minat ikut sapa. Cam aku, xder la fanatik sangat bola, sebab sukan aku softball..maknya pun, xde gak...ni msti ikut bapak2 sedara dia yang lain yang gila bola..

Alhamdulillah, sejak lahir, sampai sekarang, dia xbanyak ragam. demam pun xteruk n xlama. cuma last week ja, cirit-birit, dalam 4-5 hari gak. Tapi, dia sangat cergas wapun kena cirit-birit..

Sempena umur dia setahun ni, aku ngan wife ada plan nak bagi hadiah kat orang..tunggu kemunculan kat blog wife.. http://scottishajjar.blogspot.com/



p/s: pada orang2 yang komen drawing ak ukat fb, tq...ramai lak mintak aku lukis..xjanji aku dpt buat utk semua..:)

Peace Not War!!!~~