Tuesday, July 13, 2010

Final World Cup





Akhirnya Sepanyol berjaya menjulang WC 2010 selepas 40 tahun tunggu. Ramalan Mr. Pual sekali lagi menajdi kenyataan. Menang 1-0 kepada Belanda, menjulang nama Spain sebagai pemenang WC 2010.

Berbalik pada diari aku, minggu lepas balik kerja, siap2 terus grak balik Perak. Bertolak dalam 9.00 mlm, sampai lebih kurang 12.30am. tolak berenti makan kat Rawang (30 minit) lebih kurang 3 jam. Alhamdulillah, xngantuk..bangun pagi pasa solat Subuh, Abah ngan Along, da kuar pi cari durian. dapat xda la banyak dalam satu keranjang penuh ja, xtermasuk jamu besan abah dari Kedah, ngan simpan untuk orang dlm 20 biji..huhuhu~~..Abah gitau, ni tengah belajaq nak luruh (gugur)..Hari tu dapat la dalam RM200 abah juai durian. aku seperti biasa, akan melantak sebanyak mungkin..hahahaa...
Sesi membelah durian
Durian Changkat Jering

Pastu along ajak pi gagau ikan kat kebun. tapi ikan xbanyak, n xsenang jugak nak tangkap. Last2 dapat sekor ja, ikan talapia. boleh la buat lauk aritu..aku pun tumpang sekaki turun menggagau pakai pukat. cis..sekor pun xlekat.

Balik dari tangkap ikan, sesi berendam kat air terjun plak. Anak aku bukan main suka dapat berendam dalam air. Walaupun sejuk, aku tgk dia gumbira bukan main. Anak2 buat aku yang laen, xyah cerita la.Pantang diajak, mesti on..:) Malamnya pi pekena laksa, kat Pekan Ahad (pasar malam changkat jering).. layan abih....

Aku pun da lama xbalik perak, last masa kenduri adik aku kat Slim dalam bulan 3. Alhamdulillah, mak abah sihat. Cuma la ni, xda orang la kat umah. Fatin da masuk Matrik, Angah lak da pindah umah abah. Tapi xjauh pun, dlam 300 meter ja dari umah..so, xda la sunyi..

Esoknya, aku pi melawat kawan lama, Atan. Sedih aku tengok dia, katanya kena sampuk. Bercakap sorang2, xingat orang..baru lagi dia kena, dalam 3-4 hari sebelum aku balik. Sebelum ni da kena, tapi da ok. Siap kluar men futsal, la apa la. Pakcik Man (ayahnya) da banyak berubat, pun belum ok. pakat2 doa dia sembuh.Petang, lepas makan nasi, aku gerak. Tapi singgah Ipoh jap, jumpa adik Hajjar pastu anta Fatin kat Gopeng. Sampai umah dalam jam 9.00 mlm. Badan penat gak, tapi rasa lega sangat dpat jumpa family..nest trip, balik Kedah kot..tpi belum tau lagi bila..hmmm...



Peace Not War!!!~~

2 comments:

Anna Da Lady said...

huhu..bestnya main air terjun..weh, acik bila g perak tak pernah pun jenguk air2 terjun yang korang kata best tu...dekat ke dgn umah Ayah?

ScoTTisHioR said...

ha'ah..dekat, dlm 8km ja..tapi mmg besh..terbaik.xtercemar, xmacam kat bukit wang..:)