Thursday, February 26, 2009

Pemergian

Emm...berita sedih. Tengahari lepas pegi MDI Update, dapat berita boss kena tukar tempat. Terkejut gak, dia balik kat tempat lama. Walau pun selalu kena bising ngan dia, tapi aku xkisah, sebab aku tau dia memang jenis yang nak perfect. Leh kata hari2 kena bebel..huhuhu~~~nasib la telinga ni kebal..

Petang tadi, dapat berita gembira lak. Baby sihat and aktif. sukanya ati..pepepn hope bb selamat n sihat..amin.

Peace Not War!!!~~hi

MDI Update

Hari ada sesi ilmiah (sesi yang paling aku semangat sekali..biasanya aku jarang tertdor time nih..) oleh MDI. Last time Prof Noor Azlan yang bagi. Aku btul semangat asa tu, semua office mate terkejut sebab aku xtertidor..hehehe~~~

Ok, topik sesi tu "Current Unemployment Issues" disampaikan oleh Dr. Ghazali Abas. Sekitar 20juta orang yang menganggur di seluruh dunia dan daripada jumlah tersebut sekitar 0.3% adalah daripada Malaysia. Dan warga negara asing yang bekerja di negara Malaysia juga dikira sebagai tenaga buruh (unskill workers). Jangkaan sekiranya ekonomi makin teruk, GDP negara maybe akan berada pada paras negative dan kalau mengikut jangkaan biasa pun, dalam 2-3% jer..Ni semua masalah global. Kesan dia berantai-rantai, bermula dengan Amerika, terus ke China, dan negara sekitar yang bergantung kepada kedua-dua negara..Takut jugak aku dengar camtu.

Dijangkaan ekonomi akan pulih awal 2010..lama lagi tu..tapi aku menjangkakan bulan 6-8 adalah masa paling kritikal sebab limpahan kesan di Amerika dan China ke seluruh dunia. kat Malaysia pun da banyak yang kena berenti kerja. Tapi yang aku kurang berpuas hati tu, ramai rakyat tempatan daripada warga negara asing. Bukan aku tak suka (diorang orang cakap rajin) tapi pada aku sebenarnya majikan nak kurangkan kos. Tindakan kerajaan untuk beri keutamaan kepada warganegara Malaysia, sangat-sangat aku sokong. Sekurangnya mengurangkan kebergantungan pada orang luar dan kurang la sikit masalah sosial yang diorang bawa. Serabut tengok diorang ni kalau time weekend or cuti umum. Suka hati family dia jer, dah la pakaian ntah apa-apa, baunya pulak macam-macam..semak perut den..

Opsss...sambung kerija..chiow..

Peace Not War!!!~~

Wednesday, February 25, 2009

Notice of Change

Pagi-pagi da dapat arahan daripada boss soh g taklimat NOC..selalu la aku dengar menatang nih skeja sini, tapi aku xtau sangat. kalau dalam bahasa melayunya 'Notis Perubahan'. Benda alah ni ada dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) untuk memantau projek2 yang telah dirancang untuk dilaksanakan oleh Kerajaan.

Pagi-pagi tadi, da la hujan dalam jam 6.00pgi, sedap palk tarik selimut, mau sambung tidor. last2 masuk opis lewat (lmbat 3minit ja). sepanjang jalan nak ke opis, ada 3 accident. Mintak2 la dijauhkan.


Berbalik kepada kerja-kerja kat opis, tadi massa taklimat ada sorang member gtau, dia da kena darah tinggi sebab banyak nak handle projek (dalam 1,600) perghh....nasib la aku skit jer..tapi selalu pening kepala ngan bos. Apa boleh buat. Hidup mesti diteruskan..lalala~~~


Peace Not War!!!~~

Tuesday, February 24, 2009

Perihal Motor

Motor yang paling moden … … MODENas
Motor yang ada hon … … … .. HONda
Motor yang paling best … … . Suzuki Best
Motor yang paling bahaya … .. Hurricane (honda)
Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport
Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen
Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos
Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh
Motor yang paling tajam … … Modenas Kriss
Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II
Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee Laksamana Doremi… … … … .. Menteri Pasola)
Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit
Motor paling tajam -> Blade, bukan kriss
Motor paling seronok -> Excite
Motor tak guna pistol -> shogun
Motor paling cute -> Comel
Motor paling berahi -> passion
Motor paling jahat -> Bandit
Motor raksasa -> Ducatti monster
Motor paling best -> suzuki best?
Motor pandai karate -> kawasaki ninja
Motor red indian -> tomahawk
Motor cam terminator -> Eliminator
Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade
Motor paling kaya -> goldwing
Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni?
Motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda
Motor yang antivirus … … . Norton (motor lama) - symantec
Motor yang ader kelas … … . EX5 Class
Motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1
Motor yang x stabil … … … Honda wave
Motor yang Paling laju di atas air ============> Motobot
Motor yang paling lama boleh bercakap==== ======> Motorola

Peace Not War!!!~~

Resume Terhebat...

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: DaddyFather's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?


*As Known As BlackFryday Peace Not War!!!~~

Hari Selasa yang sejuk

Mari melepak..huhuhu~~
Bos gua MC arini, dari pagi tadi gi spital, best ooo....aman damai ja rasa.

Skang ni kat opis suma orang tengah sibuk pasal pakej ransangan ke-2. Smalam da la kena stayback, arahan boss.Cheh..nasib bek dia belanja nasik ayam(tu pun aku tambah skit..)huhuhu~~~

Berita gumbira daripada wife tercinta. Baby dalam perut tu sangat aktif. berpusing kat dalam tu (xpening ker??) lagi beberapa bulan jer, wa da jadi bapak. Kejap jer..hehehe~~~

Peace Not War!!!~~

Thursday, February 19, 2009

Main Lompat-lompat Part 1 (lompat kumpulan)

Kecoh benar sekarang ni orang main lompat-lompat. Kalau dulu, yang lompat ni kita dalam acara sukan ja, contoh sukan lompat jauh, lompat tinggi..xpun klu lagi tradisional;lompat getah, itu pun hanya untukkanak-kanak. Orang tua kalau main lompat2, orang cakap buang tebiat (biasanya orang yang diiktiraf buang tebiat ini tak lama umurnya..kata orang...)
Golongan melompat ni seolah-olah tiada rasa bersalah. Sudahlah pengikut penat lelah menyokong, akhirnya setelah menang melompat2. Wakil2 ini tidak sepatutnya menjadi wakil, sifat ini harus dijauhi. Diberi kepercayaan untuk menjadi wakil bukan kelebihan untuk melakukan sesuka hati. Tidak patriotik, tiada semangat juang. Jika benar ingin melompat, lepaskan jawatan dan sedia untuk terima hukuman.
Cadangan hukuman:
  1. Menjadi atlit bagi acara lompat katak, lompat tali or apa2 yang berkaitan dengan lompat
  2. Disenarai hitam bertanding (tapi bukan dalam pertandingan melompat di atas)
  3. Tidak dibenarkan mewakili mana2 wakil
  4. Tidak lagi menjadi wakil kepada mana2 kumpulan kerana telah ada sejarah mengecewakan kumpulan penyokong

Peace Not War!!!~~

Tuesday, February 17, 2009

Kejadian Histeria

Semalam wa dengar berita tergempar, masa lepak ngan pudin la, kat tempat lama ada org kena histeria?? hui..cuak beb..
Dengar2 kes xpuas ati. Tapi kot ye pun jangan la men2 guna benda halus ni. Tak elok, silap ari bulan bolh terpesong aqidah oo... agak2 antu tu camni kot??

Em...ari ni bos tarak, rileks sket r. Sabtu ni (21/2/09) exam PTD. Apa pun baca, asik melepak ja..cis..

Monday, February 16, 2009

Dodol untuk dijual....


Dodol untuk dijual....

Dapatkan dodol yang dibuat secara tradisional daripada Serum, menggunakan dapur kayu api dan dikacau selama 8 jam menggunakan tenaga manusia (bukan guna mesin)..


Harga : 1kg RM14.00 (1/2kg=RM7.00)


Hubungi aku dengan segera..sementara stok masih ada..yummy...
Mari Menulis..
Sekian lama xmenulis...huhu~~da brapa tahun aku tinggalkan blog nih..
Scott junior
Alhamdulillah, jika tiada aral, bulan 7 ni bergelar bapa (scott junior)..cam xpercaya lak aku bakal jadi bapak. tu la perubahan hidup. Dari budak, skg da nak jadi bapak budak..
Bisnes
Semalam mengangkut 25kg dodol dari Serum, pergh...berat.da la nek bas. Pastu angkut nek motor anta kat kedai Aimi. ni kira gamble la. Peluang da depan mata..sapa nak order??huhuhu...jangan lupa contact aku.
Next plan nak meniaga char keow teaw plak. Insyaallah klu ada rezeki. 9/10 rezeki daripada meniaga, so naper nak takut.