Wednesday, September 30, 2009

Raya Story part.1

Hari ni raya ke-10..
Raya tahun nih, aku sangat2 gembira sebab akau dapat jumpa hampir semua family aku, baik belah aku or belah Hajjar. Beraya di Muar, pastu di Changkat Jering, pastu Kedah..terubat rindu aku yang dah lama sangat nak balik Kedah. Hampir nangis aku dapat jmpa tok. Last aku balik awal Ramadhan tahun lepas (perghh..setahun tu..)
Raya 1st, pas solat sunnat raya, pi umah Atok Hajjar (aktiviti setiap tahun...). Dalam jam 12.00 t/hari bertolak ke Kg. Senduk, Chnagkat Jering, Perak (umah bapak aku..). Alhamdulillah, perjalanan lancar, Erfan lak diam + tidor ja..huhuhu.. sampai Perak jam 5.30petang. Time tu semua orang tengah2 sibuk wat persiapan untuk Family Day Tok Ayah. Seronok betul aku dapat kumpul ramai2 camtu, cuma Angah aku ja xada malam tu. Esok pagi baru dia gerak ke Perak dari Kedah.
2nd day raya, Family Day Tok Ayah..buat julung kalinya family aku dapat beraya sama-sama. :) Along, Abg Sharol, Akak, Angah, Aku, E, Pako, Solehin, fatin dan anak2nya semuanya ada..kalau x, memang susah nak kumpul. huhuhu..mesti hilang sorang dua..(termasuk aku..hehehe..). Kumpul ramai camni, baru aku sedar, family belah mak aku ni boleh tahan besar gak. sampai xmuat nak amik gambar masa sesi fotografi..Maybe ada hikmahnya, pasai adik aku, Solehin yang dikenali sebagi Acik dalam family, nak fly to Yaman, sambung study kat sana. Dengar2 dalam 7 tahun kot...(haaa..!!!). Tunggu la 7 tahun lagi baru dapat kumpul semua sekali huhuhu..
Selesai majlis, rest jap, petang gerak pi Kedah..nnti aku sambung, pasai xda idea...


Peace Not War!!!~~

Saturday, September 26, 2009

Journey to the North..

Hari Raya Journey..

Muar--> Taiping--> Kuala Nerang--> Taiping--> Muar... Total = 1,500km++


Peace Not War!!!~~

Wednesday, September 16, 2009

Menjelang Raya...

Counting....4 days to go..
Today, Ex-Burhan nak buka posa sama-sama. Mesti banyak cerita nak kluar petang nih. Semua cam xsabar2 nak tunggu masa nih..mari belasah kambing golekksss....

Aku, esok kerja lagi..Malam Khamis or Jumaat pagi baru balik Johor. Tadi tengah2 meeting ngan boss, da terbayang plak lemang yang bapak aku selalu buat time raya..aduhh...syahdunya..huhhuhuu~~


Lemang..

Kalau kat Kedah, arini mesti tok aku da sibuk cari daun palas, nak wat ketupat..n makcik aku cam biasa la, sibuk wat kuih.. Mak Teh sebelah umah, fabret dia, mesti buat maruku, Mak Ngah plak kuih sampret (terbaik!!)..

maruku & semprit..

Kalau kat Perak, Mak mesti tengah tumbuk kacang hijau ngan gula nak buat kuih putu..sedap beb..xpun agar2 kering, or kuih siput.. tukang gentelnya, aku..Abah sibuk cari kayu api, n buluh, buat lemang...



putu kacang...

Tapi lagi best, tahun ni aku beraya dengan wife & Erfan..:)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..



Komen: Jom men meriam, xda meriam, rasa cam xraya plak...tradisional tue...
Peace Not War!!!~~

Monday, September 14, 2009

FLORIA 2009 - ALAMANDA

Putrajaya Flower and Garden Festival 2009 (Floria 2009)
1st Aug 2009 - Sunday, 9th Aug 2009

Pudin: Wes, jom pi Floria..
Aku: Kat mana??
Pudin: Kat opis aku ja..nnti aku amik ko.
Aku: Ok, set..





orang cakap ni kembar aku..hahaha..kembar tak sama saiz dan umur...

Gambar2 menarik yang sempat dirakam...

Peace Not War!!!~~

Thursday, September 10, 2009

CPU kembali

Dari jauh Rosli berjalan mengusung sebuah CPU.


xxx: CPU sapa?
Rosli: CPU En.xx la..
(Senyum..) Nanti tolong call ICT, dia ada benda nak gtau..
xxx: Ok...(senyum..lega, senang skit wat kerja..)


Peace Not War!!!~~

Tuesday, September 08, 2009

Baju Raya Erfan v1


Yeahaaa...minggu lepas, pi shopping baju Erfan lagi..huhuhu~~Pusing2 aku jmpa jaket jeans(kain xtebal mana) , ngam plak ngan sez dia (men agak2 ja mulanya..)

Balik umah test, ngam2..Bergaya sakan le anak aku raya nih..:)

bergaya dengan baju+Jaket+suar baru..


Model of the 2009...Erfan!!

Komen: Baju aku da ada..baju Hajjar..coming soon..:)
Peace Not War!!!~~

Friday, September 04, 2009

Erfan Meniarap & Demam

Erfan da boleh meniarap...Berat 5.45kg.
Tapi ari ni dia demam. Dengan cergasnya aku aku mintak halfday..Semalam menangis xberenti..Cian lak aku dengar..:(
Kat Luar hujan..aku nak solat Jumaat. Nasib da berenti..

Komen: Rasa nak cepat sampai Muar..
Peace Not War!!!~~

Wednesday, September 02, 2009

Misi Cari Baju Raya

Merdeka...!!! Merdeka..!!..Merdeka..!!
Balik minggu ni, gi shopping baju raya untuk wife n Erfan. Untuk aku?? xjmpa lagi yang berkenan di hati, xpun pakai ja yg lama. Asalkan untuk wife n Erfan ada, aku da gembira. Pagi Sabtu dalam jam 11am gerak gi Melaka, Erfan xikut, pasai keadaan kurang memuaskan. Pusing2 Melaka, jumpa baju Erfan ja, balik pusing Muar lak, pun xjumpa baju untuk wife..huhuhu~~~
Tapi xleh nak pusing lama2, pasal si Erfan da lapar. Lama aku xgi jalan2 berdua dengan Hajjar (wife aku), dekat 2 bulan la, sejak dia bersalin..aku rasa kalu orang tengok kitorg time tu, msti xsangka da ada anak sorang..huhu~~
Tahun ni special skit, pasai aku raya bertiga..pastu lak jadual raya da hampir penuh. Raya 1st mybe kat Muar, after solat terus gerak to Perak sebab 2nd raya kat umah ada wat family day..mesti meriah. Da la abah n mak xpenah tengok Erfan lagi.


Beberapa gambar terbaru Erfan...

Tengah bersenang2 hati


...


Tidor...
Buah hati pengarang jantungku...

k, xtau nak wat per, nnti sambung citer lain..ehh..arini wa jadik chef...hohoho~~

Komen: Raya tahun bertiga..:)
Peace Not War!!!~~