Monday, November 29, 2010

Info: Beli Rumah

Aku n wife dalam plan nak beli rumah..eh..da nak beli da pun, baru pas bayar deposit last week kat agen. Kebanykan benda, wife aku yg uruskan..so klu nak tau info nk beli rumah, just klik sini ja..

Komen: Insyallah, segalanya akan jadi mudah..
Peace Not War!!!~~

Wednesday, November 24, 2010

Kecerian dan Kesedihan..Tok da xdak...

Masa cuti Deepavali lepas, aku dan wife dengan kawan2 masa study dulu wat re-union kat Bagan Lalang. Tido kat Hotel Sri Malaysia. Not bad..aku happy ja kat sana..amik2 gambar..main pantai..mandi kolam ngan Erfan.

Tapi, minggu lepas, aku balik Perak ada kenduri member kampung, Ajam. Bertolak dari KL 11.30pm, sampai dalam jam 3.30 pagi. tu pun sempat tido jap kat R&R. Asalnya nak bertolak dalam jam 2-3 pagi, tapi xtau kenapa aku tergerak nak balik malam tu jugak lepas mak & ayah mertua anta Erfan ke KL. Maklum la skg ni dia dok kat Muar. Sampai umah, aku pun tido, pasal ngantuk & xlarat. Subuh tu, lepas solat subuh, aku tgk adik aku E, da sampai, tgh on-phone..then dia gitau 'Tok da xdak..'....sedih aku...tapi aku tau E paling sedih, sebab dari kecik dia dok ngan Tok kat Kedah. Dia anggap macam mak dia..

Abah aku tgk rileks ja..maybe dia pun da jangka, sebab Tok da xlarat.Terbaring ja..Alhamdulillah, hasrat Tok masa Raya Puasa tu tercapai jugak, walaupun masa dia xda..Masa raya tu, sebelum aku balik, dia ada tanya, Raya Haji balik x..aku cakap tgk keadaan la..sebab jatuh hari Rabu..Banyak juga kebetulan masa aku nak balik aritu..Allah telah rancang segalanya..antaranya:
1. Aku memang nak balik sangat2 Perak, sebab lama xbalik & kenduri Ajam
2. Masa kemas barang aku tergerak nak bawak kopiah..
3. Aku xjadi balik kul 2-3 pagi, tapi gerak lebih awal. So, sempat rest jap.
4. Semua family aku ada dekat2, khas cucu2 rapat Tok (E, aku, Angah, Akak & lain2..) cuma Pako ngan Achik ja xda sebab kat Mesir & Yaman.
5. Perjalanan aku balik Tepeng & Kuala Nerang, dipermudahkan..

Semoga roh Tok aman & ditempatkan bersama orang2 soleh..Al-Fatihah...

Peace Not War!!!~~

Friday, November 12, 2010

Cerita Erfan Par 1031

Tak ada apa yang lebih menarik, kalau dapat lepak ngan anak aku...ni masa dia umur 7-8 bulan kot. mata bulat, muka pun bulat..
Now da 1 tahun 4 bulan. Macam2 benda dia da pandai,. Tapi aku paling suka tengok dia menari dengar lagu Upin Ipin or Black or White-MJ..ntah mana dia belajar joget, aku pun xtau. Kaki da ala2 shuffle..
Perkataan2 baru dia pun da ada beberapa la..klu sebut 'nyum..nyum..' tu nak ais krim..klu berak..'yak..' 'mama..papa..'. Minggu ni, xumpa dia, pasai ada exam PTD, aku ngan wife..paling kesian wife la...xpa..keap a..Selasa depan bleh jumpa..


Peace Not War!!!~~

Monday, November 08, 2010

Clean Room - ready to go...

Last 2 weeks, aku pi visit satu kilang, di Kulim (nama dirahsiakan). Siap kena pakai sut nak masuk tempat tu..best gak, kurang2 dapat la pengalaman + ilmu baru. Actually kilang ni wat wafer fab. So nak masuk dalam tempat proses menatang2 tu, kena la pakai camni..tapi ni bukan sempena Halloween..hahaha~~


Hasil bergambar di Putrajaya..

Peace Not War!!!~~