Monday, August 27, 2007

Tengah-tengah check email tadi, terbaca satu eamail dari sorang kawan. So, aku masukkan dalam ni.. Selamat membaca.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orangChina dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru

amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa...malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

Em...lama da aku meninggalkan blog ni. Bz kot (ye ke??) maybe pasni aku ku sambung lagi beberapa penulisan baru.

Sedar, xsedar...da dekat 2 bulan aku tukar kerja. Sabtu lepas tolong Syam, ikot projek Sahabat Penyayang, kat 3Q, Kuang. Enjoy. 1st time jadi MC. Coz aku kesian sgt kat Syam, xmenang tangan dia nak handle semua. Nasib la dia de kawan yang arif pasal kerja-kerja ni semua (aku le tu). Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai kanak istimewa dan anak-anak yatim. Tersentuh aku tengok diorang. tapi aku gembira keran hampir semua kanak-kanak tersebut, gembira. Aku puas. Kalau bab penat...xpayah citer. Termengah-mengah aku. Mana tak nyer, awal2 diorang suma sampai, makan dlu(breakfast). Time tu aku da rasa lain macam. Ye la, xkan la nak biar bebudak ni xde aktiviti. So, aku pun pe lagi, cuba nak memeriahkan majlis.

Kebetulan malamnye, aku tido lewat coz cari lagu-lagu nak main utk esok. Dapat la beberapa lagu. Aku pasang lagu Allahyarham Sudirman-31 Ogos..aku soh bebudak tu nyanyi ramai-ramai. Best..Then, aku pasang lagu 'Chicken Dance' ajak diorang nari. Mula-mula cam malu-malu la, tapi pastu semuanya ok. Last-last aku gak yang penat. Mana taknyer, dari awal pagi sampi tengahari aku xberenti bergerak. Cam nak tcabut kaki rasanya.

Abis je program lepak japp ngn Syam n Zarif, tengok orang main kuda. Balik lak, Syam masuk jalan salah, berbupsing-pusing kat Kuang tu jap, dalam 1/2 jam gak ler..huhuhu..Malam pi makan kat Village View, Bangi. Aku bantai siakap, best giler..

Herm...pe lagi eh..nnti la kalau ada idea lagi, mau sambung menulis skit-skit. Idea pun xbanyak la ni. Kalau ada topik hangat skit-skit, leh cerita. K, chiow..adiosss...berambuss...Salam.

memandangkan bulan puasa tak lama lagi lepas tu kite raya. so aku kasi pantun ikut negeri.

hehehehehe....

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang