Sunday, February 27, 2011

Aku berjaya bayar saman

28 Februari 2011, hari last PDRM bagi diskaun saman. Kelam kabut semua orang nak bayar saman. termasuk la aku..hahahah...mpetang tadi, pi balai polis, nak bayar saman, tapi da tutup. Sebelum tu nak bayar online, asik server down ja..kalu aku bayar lepas lepas 28 ni, maknanya kena tambah dlm RM200 nak settle saman..uih..macam2 tu leh buat..



So, da bosan aku pun menyiapkan projek terbengkalai pagi tadi - reban ayam..huhuhu~~ so siap la petang tadi, cuma dawai tu ja xda stok..cheh..kena tunggu la minggu depan. Tapi minggu depan ingat nak balik Perak, abah nak pi umrah..lagi pun bleh la jumpa adik aku - Pako yg baru balik dari Mesir.

K, so dalam jam 7.40pm, pas Maghrib, aku pun try la, guna http://www.myeg.com.my/. fuh..nasib boleh, dengan sepantas kilat aku langsaikan..RM194 (charge RM2 per transaction)

  Tu bukti aku da bayor..kalu cakap aku xbayor gak, aku gi bakor server myeg tu..hahahaha...so kalu nak bayar saman tu, baik la bayar online ja..xyah nak beratur panjang2. Aku dengar berita siap ada yang tunggu dari jam 7.00pagi lagi kat Pejabat Pos..kalu aku, xrajin la nak buat camtu..hahaha..apa2hal duit aku da terbang RM194 pasai kena bayaq saman..hampehh....

Peace Not War!!!~~


Saturday, February 26, 2011

Eksperimen 1

Saja2 godek2 gambar, teringat masa gi A Farmosa tahun lepas (time Krismas). Satu family wife aku pegi bercuti..enjoy la. Main air, tgk menatang, jalan2 tgk koboi town. sempat la snap beberapa gambar. tapi disebabkan aku xleh nak edit, masuk ja yg apa yg aku amik tu..:)




Peace Not War!!!~~

Monday, February 21, 2011

Sakit Gigi & doctor cakap ...kena cabut..

Hari ini, pagi bawa erfan gi klinik, cucuk last dose utk yg setahun setengah..gigi aku lak makin berdenyut2..betul la org kata, kalu sakit gigi, jgn main2..silap at\ri bulan ada makan penampo Jepung...dalam 9.10 Erfan punya hal da settle, nurse tu cakap pasni dia demam..Kesian lak..
So aku pun ke klinik gigi, nak cari parking lak penuhh..wife ngna aku pi dftar..lama gi ahh tunggu..dari 9.30am samapi dekat kul 1pm baru giliran aku..wife aku awal skit..dlm 12.30..lagi pun  ramai org. wife aku, klu ikutkan tu doc ckp kena cabut, tpi sementara tu dia bagi ubat dulu la.

Aku masuk ja, doc tanya 'Sakit kat mana?' 'Sakit kat gigi belakang'..'duduk..' aku pun ikut a arahan..dia check2..ermm..dia kat ni kena cabut...erkk....aku ckp ok..'buka mulut, mau cucuk..' erkk..seb baik la aku ni jenis xkisah kena cucuk..tapi kat dldm mulut ni belum penah...cuak gak aku....mana tau kot2 tercucuk lidah..naya..da siap, dia soh tunggu kat luar, kasi bius tu  berkesan.dalam 10 minit, dia panggil balik masuk..trus buka alat2 - yg aku nampak, playar..erkk..xsampai seminit, gigi aku selamat dikorbankan..seb baik ada bius, klu x, ikutkkan pada aksi yg dia baut tu..memang makan penerajang dah doc tu..gila ah...
So, sapa2 yg nak gi cabut gigi pasni, sbersedia dari fizikal dan mental..(takut kena cam kes aku..da la tunggu lama...masa cabutnya kejap ja...sakitnya sampai ke malam...ahhh....)

Peace Not War!!!~~

HeartBeat???? Cara Menambah Pendapatan Selain Nuffnang....

sebelum hangpa baca tutorial, hangpa klik dulu banner Heartbeat di atas tu k..


1) yeehaaa.... terima kasih sebab korang telah menyumbang 4 sen kepada liza. sila datang lagi esok yer dan jangan teragak2 untuk klik lagi..
2) kalau dah pandai dan nak join, cuma klik banner gua dan register ok... alah.. bukan kena bayar pun. kalau korang promo kat kengkawan untuk register under korang , boleh dapat RM2 secara otometik.hehehe... segala-galanya PERCUMA
3) kepada semua yang dah join nuffnang, jangan bimbang yer.. sebab HB tidak akan menjejaskan status GLITERATTI korang.
4) tutorial ni aku copy paste dari blog SHAHLIZA, tq yer MZ...

p/s... sila klik pada imej, untuk gambaran lebih jelas...

klik IKON HEARTBEAT seperti dalam bulatan

Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan

Masukkan Password Email Address,then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue

bila dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas

Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan

Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)

 Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...then klik continue
Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat

Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)

Copy Code yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
(seperti lampiran yang bertanda kotak merah belah atas)--setiap code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat, masing2 ada no. ID masing2 ok...
Sekian sahaja tutorial tentang HB dan maaf kerana imej agak blurr..... selain dari ber'blog', boleh dapat income juga, sekadar untuk suka-suka. selamat mencuba yer......

Peace Not War!!!~~

Sunday, February 13, 2011

PRK Kerdau - Ahli Politik perlu buat pemeriksaan doktor sebelum bertanding

Ni nak sentuh skit pasai ahli poilitik. Kalau xsilap la, dalam tempoh selepas pilihanraya ke12, setakat hari ni, rasanya lebih 10 org ahli politik meningggal dunia, dan kebanyakkannya sebab penyakit.. contohnya, bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan terbaru..ADUN BN Kerdau (meninggal pada 12 Feb 2011, al-fatihah)..yang pasti akan ada Pilihanraya Kecil (PRK)Ke-16..huii..banyak gak tu..dikatakan penggal ini merupakan yang terbanyak..
Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63
So, aku pun fikir gak...apa ya tindaan yang kita boleh buat utk elakkan perkara ini berlaku..memang la, ajal maut di tangan Allah swt. Cuma aku cadang la ...pasai setiap kali PRK, banyak tu kos nak buat...kita boleh elak..so ni cadangan aku:

1. Setiap ahli politik yang nak bertanding, perlu disahkan oleh doktor untuk bebas daripada sebarang penyakit - sebabb, klu asik sakit, bila masa nak berjuang untuk rakyat? dan prestasi akan terjejas..
2. Ahli politik yang disahkan sakit yang boleh dikira kritikal - perlu letak jawatan.. bagi la kat orang yang lagi sihat & bertenaga untuk tunaikan amanah rakyat..
3. Menghadkan umur ahli politik..baru la da banyak pembaharuan (xterikut sangat idealogi lama..).. yang lama2 tu, jadi penasihat..jgn bertanding..tapi banyakkan ibadah..:)
4. emm....apa lagi eh...cukup la kot 3...(macam banyak..klu tiba2 ada idea, aku sambung..)

Komen : Ajal maut, ALLAH swt yg tentukan..
Peace Not War!!!~~

Thursday, February 10, 2011

Datuk umur 80 tahun rogol cucu 10 tahun di kandang kambing

Gila..gila..dan gilaa....ish2 apa jadahnya la...dgr brita TV3 tadi, seorang datuk umor 80 rogol cucu 10 tahun...da la buat kat kandang kambing..aduii...masa dia keluar dari court, siap pakai kopiah, kain pelekat...kot ya pon, buang la kopiah tu..sangat2 memalukan..hukuman dijatuhkan 30 tahun penjara 10 kali sebat...aku rasa sekali sebat, da pengsan da pokcik tu...

Peace Not War!!!~~

Monday, February 07, 2011

100 Bloggers diperlukan!!

Hehehe..saja jalan2 merayap malam2 nih, jumpa satu blog nih..Yeidpozi.Com
So, aku pun dengan selambernya memasukkan entry yg dia nak..
Nak citer pjg nnti..


Peace Not War!!!~~

Sunday, February 06, 2011

Makan2 kat Restoran Nasuha, Jalan Muar-Pagoh

Memandangkan cuti banyak lagi (lama lag nak habis..) so petang Jumaat, jalan2 p cari makan kat Restoran Nauha - makanan herba. Tempat dia Jalan Muar - Pagoh, emmm...area kebun kelapa sawt la. Tapi ladang herba taukeh da tu, antara terbesar di ASIA..mak aihh...kayo pokcik kalu camni. Makanan dia, xbanyak sgt, tapi unik skit la..nasi beriani, sup herba, teh herba, western food...mee, bihun (klu setakat mee ngan bihun, singgah kedai mamak tepi jalan ja, xyah pi sana...)..
Gelagat Erfan masa makan...macam2 peel...

Angah, Razi, mama & Ella
Semua yang pergi, termasuk aku (tak ada dalam gambr..hahaha)

Bergambo depan pintu masuk..

Peace Not War!!!~~

Saturday, February 05, 2011

Kartun Mcrosoft paint : Versi xda kerja

Pokcik malas nak cakap apo lagi dah..abh2 xdo keja, nih lah jadinya..

Peace Not War!!!~~

Thursday, February 03, 2011

Resepi mee kari Kerang+udang+ayam=terbaik+kenyang

Tiba2 hari ini aku terasa nak makan mee kari (macam aku plak yg mengidam...)..maka bermulalah episod mencari bahan2 di CNY..sebelum tu buka tenet tanya pakcik Google, so dia ada la bagi resepi..aku copy, then carik barang2..da carik barang2, mesti la kena masak kalu x, makan la bahan2 mentah tu..hahahaha...

Rupanya lebihkurang camni la yg aku masak...gambar asal - http://koalajepong.blogspot.com/

BAHAN2 (10-12 orang makan)
A - bawang merah n putih (ikut sedap ~10 ulas). halia (blender skali)
B - 2 bunga lawang, 5buah pelaga, 2kayu manis,
- daun kari setangkai atau 2 (ikut sedap...nak wangi lagi taruk banyak2...)
- (1/2kg udang (buang kulit dan rebus), 2kg kerang (rebus dan buang kulit ~ jgn gatai nak makan kulit. klu xmau gigi rongak..) 1/2 ayam (potong kecik). udang kering (barang segenggam), fish ball n cake,

- rempah kari ikan (50gram) campur ngan air skit (jadi pes) - cap, xkisah, ikut kebiasaan..klu rajin nak giling sendiri, baguih gak..
- santan pekat & cair (klu yg dalam pek pun ok gak..amik la dalam 3 kotak kecik..utk cair, 1 kotak santan+1 1/2 kotak air)
- ubi kentang (potong dadu, jgn amik buah dadu..kang tercekik, gua xtanggungjawab....)
- tauhu kering..dan cili giling (dalam 2sudu - klu nak pedas la...)
- sayur sawi (1/2 kg), taugeh RM1.00, cili merah (potong serong), limau nipis..

CARANYA:
- Tumis bawang merah & putih sampai naik bau, masuk bahan B, daun kari dan pes kari ikan@ udang dengan cili giling biaq sampai naik bau..
- Masuk santan cair + kentang..(jangan masuk garam dulu, klu xtakut kentang lambat empuk...ku baca kat dalam petua...mungkin betui kot...), lepak jap, sambil dengar lagu tapi jgn bagi habis...
- pastu masuk kerang, fish ball&cake, tauhu kering, udang kering, ayam, udang basah ...klu ada asam keping, leh la letak sekeping dua...(tapi aku xletak pun..nnti da masak leh ganti dengan limau nipis..baru umphhh!!!.....)
- biar sampai didih, baru masukkan santan pekat & air rebusan udang..then baru masuk garam skit..ikut suka, jgn jadi macam kes seniman bujang lapuk dah la..
- kacau skit2 sampai didih + kentang empuk..dan SIAP!!! (kuah ja la...hahahah..)

_ baki air rebus udang tadi jgn buang, basuh mee kuning, pastu celur guna air rebus tu...sama gak ngan sayur sawi & taugeh...

pastu leh la hidang..tapi tunggu la kuah tu sejuk sikit, kalau xmau lidah teerbakaq..apa lagi belasah la ramai2....

Mak mertua aku puji sedap...wife aku pun...akak ipar aku, bertambah2 gak la (walaupun amik skit2...) seronok tgk depa makan...pada aku klu nak masak, nk bagi sedap, kena ikhlas...simple camna pun, mesti jadi sedap...

-Peace Not War!!!~~

Wednesday, February 02, 2011

Update Krisis Mesir: Follow blog ni..Status Pelajar di Mesir

Tadi pusing2 kat blog, ada jmpa ni, mungkin boleh membantu..
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Peace Not War!!!~~

Cara hubungi sedara di Mesir dan Banjir selepas PRK Tenang

Kekecohan yg jadi kat Mesir, buatkan ramai kaum keluarga di Malaysia xsenang duduk. Apa yang dapat tau, tu pun kabar2 saja. Ramai da negara panggil balik Rakyat di Mesir. Aku dapt tau dari facebook ni 'Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir' , sapa2 yang nak contact sedara mara di Mesir ikut arahan nih...
‎[PENTING] : SILA HUBUNGI ANAK ANDA MELALUI TELEFON RUMAH/FIXLINES DAN BUKAN HANDPHONES. GANTI +2 DENGAN 002.
Aku tau sejauh mana kebenaran, tapi xsalah kita usaha.
Adik aku, Pako masih ada kat sana. Dalam 3 hari lepas, mak ada call, tapi xdapat. Aku harap dia pandai2 bawak diri..dan selamat..Kesian tgk mak, risau kat dia..

Abis ja, PRK Tenang, terus kecoh pasal hujan lebat dan minyak naik..eh..menang pun minyak naek?tapi utk RON97, rata2nya orang2 kaya yang pakai. Naek pun pasal kita ikut rate minyak mentah dunia, maklumla kat Mesir tengah huru hara, mybe pasai tu la naek minyaknya. Naik minyak ni, ada macam2 jenis, kalau org lama cakap, naik kepala (besar kepala, bongkak)..tu la sapa soh bergantung harap sangat kat minyak..kan dalm dunia ni bermacam2 lagi sumber..gunalah tenaga matahar (solar energy).
Lagi satu, abis ja PRK Tenang..terus kecoh lak pasal banjir...emm..tu dugaan pada kita, beringat2 dengan kuasa Allah swt, kita ni makhluk dia, kena banyak beramal dan bersyukur..Jom pakat2 solat hajat dan berdoa, semoga sedara mara kita kat Mesir dan yang dilanda banjir selamat sejahtera..amin...

Peace Not War!!!~~