Sunday, February 13, 2011

PRK Kerdau - Ahli Politik perlu buat pemeriksaan doktor sebelum bertanding

Ni nak sentuh skit pasai ahli poilitik. Kalau xsilap la, dalam tempoh selepas pilihanraya ke12, setakat hari ni, rasanya lebih 10 org ahli politik meningggal dunia, dan kebanyakkannya sebab penyakit.. contohnya, bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan terbaru..ADUN BN Kerdau (meninggal pada 12 Feb 2011, al-fatihah)..yang pasti akan ada Pilihanraya Kecil (PRK)Ke-16..huii..banyak gak tu..dikatakan penggal ini merupakan yang terbanyak..
Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63
So, aku pun fikir gak...apa ya tindaan yang kita boleh buat utk elakkan perkara ini berlaku..memang la, ajal maut di tangan Allah swt. Cuma aku cadang la ...pasai setiap kali PRK, banyak tu kos nak buat...kita boleh elak..so ni cadangan aku:

1. Setiap ahli politik yang nak bertanding, perlu disahkan oleh doktor untuk bebas daripada sebarang penyakit - sebabb, klu asik sakit, bila masa nak berjuang untuk rakyat? dan prestasi akan terjejas..
2. Ahli politik yang disahkan sakit yang boleh dikira kritikal - perlu letak jawatan.. bagi la kat orang yang lagi sihat & bertenaga untuk tunaikan amanah rakyat..
3. Menghadkan umur ahli politik..baru la da banyak pembaharuan (xterikut sangat idealogi lama..).. yang lama2 tu, jadi penasihat..jgn bertanding..tapi banyakkan ibadah..:)
4. emm....apa lagi eh...cukup la kot 3...(macam banyak..klu tiba2 ada idea, aku sambung..)

Komen : Ajal maut, ALLAH swt yg tentukan..
Peace Not War!!!~~

No comments: