Wednesday, September 30, 2009

Raya Story part.1

Hari ni raya ke-10..
Raya tahun nih, aku sangat2 gembira sebab akau dapat jumpa hampir semua family aku, baik belah aku or belah Hajjar. Beraya di Muar, pastu di Changkat Jering, pastu Kedah..terubat rindu aku yang dah lama sangat nak balik Kedah. Hampir nangis aku dapat jmpa tok. Last aku balik awal Ramadhan tahun lepas (perghh..setahun tu..)
Raya 1st, pas solat sunnat raya, pi umah Atok Hajjar (aktiviti setiap tahun...). Dalam jam 12.00 t/hari bertolak ke Kg. Senduk, Chnagkat Jering, Perak (umah bapak aku..). Alhamdulillah, perjalanan lancar, Erfan lak diam + tidor ja..huhuhu.. sampai Perak jam 5.30petang. Time tu semua orang tengah2 sibuk wat persiapan untuk Family Day Tok Ayah. Seronok betul aku dapat kumpul ramai2 camtu, cuma Angah aku ja xada malam tu. Esok pagi baru dia gerak ke Perak dari Kedah.
2nd day raya, Family Day Tok Ayah..buat julung kalinya family aku dapat beraya sama-sama. :) Along, Abg Sharol, Akak, Angah, Aku, E, Pako, Solehin, fatin dan anak2nya semuanya ada..kalau x, memang susah nak kumpul. huhuhu..mesti hilang sorang dua..(termasuk aku..hehehe..). Kumpul ramai camni, baru aku sedar, family belah mak aku ni boleh tahan besar gak. sampai xmuat nak amik gambar masa sesi fotografi..Maybe ada hikmahnya, pasai adik aku, Solehin yang dikenali sebagi Acik dalam family, nak fly to Yaman, sambung study kat sana. Dengar2 dalam 7 tahun kot...(haaa..!!!). Tunggu la 7 tahun lagi baru dapat kumpul semua sekali huhuhu..
Selesai majlis, rest jap, petang gerak pi Kedah..nnti aku sambung, pasai xda idea...


Peace Not War!!!~~

No comments: