Tuesday, June 22, 2010

Setahun dulu...

Sedar xsedar, hampir setahun aku jadi bapak..aku ingat lagi setahun yang lepas (2 julai 2009), pagi tu dapat mesej dari Hajjar, dlm jam 4am, gitau perut sakit. Pagi tu aku pi keja siap baju baju, sebab tiba2 terdetik maybe arini dia nak bersalin. ingat lagi aritu ari Khamis, dalam jam 10am, Hajjar gitau ada contraction, aku pun tawakal ja.. Maklum la masa tu masih duk asing2 lagi. Dalam hati ni, berdebar ja. dalam jam 12 lbih, dapat mesej da nak gi spital.

Dalam jam 12.3 lebih, aku terus gitau boss, nak kena balik Muar, my wife da nak due...Sepantas kilat, aku merempit ke Pudu, badan ja kat motor, hati perasaan da sampai Muar. Da habis aku pulas minyak motor aku..kira time tu aku rasa, motor aku la paling laju. aahhahaha...tapi tu la..laju camna pun motor aku tu, xleh nak pi Muar nek motor.

Camna pun, aku tetap xsempat nak teman Hajjar bersalin. dalam 5 minit nak sampai kat hospital, aku dapat call, Hajjar da selamat bersalin. Masa tu, aku sangat2 terharu, lahirnya seorang lagi umat Nabi Muhammad saw, Muhammad Erfan Ismail..sampai hospital, terus aku gi dewan bersalin (betul ke)..tapi kena tunggu jap, diorg nak bersihkan dia..xlama lepas tu, mak mertua aku datang bawak erfan...ya Allah, masa tu aku sangat2 terharu dan bersyukur. tengok muka dia, putih bersih, bibir merah, aku cium dan azankan...Alhamdulillah, Hajjar & erfan selamat.

Sekarang ni, dua orang insan ni la peneman setia aku buat masa ni. Balik kerja, tgk muka diorg, main & gurau , rasa hilang suma masalah. Ya Allah, peliharalah keselamatan insan-insan disekeliling ku daripada bala bencana dan kemurkaan-Mu.amin...



Peace Not War!!!~~

2 comments:

Anna Da Lady said...

salam alan...when DOB Erfan?22 June or 2 July ye?hehe..muka Erfan ni tak berubahla masa newborn dgn skang..hehe...ada betoi ka?

ScoTTisHioR said...

Ha'ah, 2 Julai 2009. why? nak bagi hadiah eh??dipersilakan.. :)