Thursday, January 27, 2011

Erfan kena marah..

Tiba2 aku rasa rindu sangat kat anak aku, si Erfan..kesian kat dia minggu lepas kena marah ngan aku pasal kacau aku buat kerja. Dia asik tekan laptop, pastu skrin da berubah jadi terbalik. Sebelum tu dia tengah seronok dengar lagu kegemaran dia – Lagu Bunga Raya sempena ulang tahun 50 tahun bunga tu jadi bunga kebangsaan. Kesian dia..tak pasal aku marah..terus tido pastu..da la pagi esoknya, pagi2 da gerak balik KL kerja..


Kadang2, bila balik dari kerja, nak sangat dia ada kat sini..rasa seronok tgk telatah dia.lincah & cergas..tpi skg ni, weekend ja dapat jumpa..hmm…harap nnti da settle urusan umah, dapat la dia duk skali. Lagi satu, kesian kat Hajjar gak..asik cium baju dia ja…sedih lak aku tgk..next week cuti pjg, so leh la lepak n main puas2 ngan anak aku….yeaahaaaa……

Peace Not War!!!~~

1 comment:

ShaNaz said...

itu la abg kan dia da majuk..
cian dia..
(mama akan backing anak dr papa dia)
blk ni blikan toys utk dia..